Hello semuanya..salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua yang sudi mengunjungi blog Sweet red cherry ni..tidak lupa juga pada yang meninggalkan komen serta follower baru..thanx banyak-banyak ya..kami amat menghargainya..
Okey la, entri pada hari ni adalah Kek kukus velvet pelangi..kek yang sangat cantik bewarna-warni pelangi dan yang penting rasanya sedap dan lembut tekstur keknya..sebelum ni pernah juga siarkan kek ni di sini..bagi yang belum tau, kek ni bukan saja colorful tapi disetiap warna tu ada mempunyai perisa yang berlainan iaitu putih-vanila, kuning-banana, pink-strawberi, hijau-pandan, ungu-yam..so, memang best la makan kek ni sebab 5 dalam 1 gitu..heheh..resepi cedok dari dapur CT..aku suka sangat mencuba resepi yang beliau kongsikan..semuanya sedap-sedap..thanx ya kak Ct Delima..
KEK KUKUS VELVET PELANGI, RM 35 ( SEBIJI ) |
RESEPI: KEK KUKUS VELVET PELANGI
SUMBER: CT DELIMA
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
5 biji telur ( sejuk )
250 g tepung gandum + 1 sk baking powder ( ayak 3x )
150 ml susu cair
180 g gula halus
2 sb susu pekat manis
1 sb ovallete
1/4 sk garam
125 ml minyak jagung ( aku guna minyak masak ja )
Perisa & pewarna:
kuning / 1 sk jus lemon ( aku guna banana esen )
hijau / pandan paste
ungu / yam paste
pink / strawberi paste
1 sk esen vanila
CARA MEMBUATNYA:
- Putar semua bahan kecuali minyak dan pewarna hingga kembang dan gebu. Masuk minyak sikit-sikit dan kacau guna spatula.
- Bahagi 6 bahagian sama rata - 2 cwn biar kosong + esen vanila.
- Kukus lapisan vanila 7-10 minit, api perlahan.
- Tuang adunan bewarna selang-seli dan kukus 15-20 minit. Akhir sekali, lapisan vanila.
- Kukus hingga masak.
* Tips : Tuang adunan vanila dulu. Kukus. Untuk jadikan kek jadi marble pelangi, tuang pelan-pelan adunan bewarna selang seli dan kukus 15-20 minit. Akhir sekali, lapisan vanila lagi dan kukus 30 minit.
* Nota: Untuk kek yang aku buat seperti gambar di bawah ni, aku tuangkan adunan bewarna secara selang seli dan kukus selama 1 jam - hingga masak..
Seperti biasa, jika ada sebarang pertanyaan atau ingin menempah produk kuih-muih kami ni, silakan email atau sms/call ke talian kami yang tertera tu ya..okey ya semuanya, aku undur diri dulu..kita jumpa lagi..-wasalam-
Rajinnya bbwana ni..kek ni pun menarik sangat.. tapi umi malas skit yang berlapis2 ni..mintak 3 potong kek la.. boleh?
ReplyDeletehai umi..
Deletebleh ja..meh la dtg sni ambik 3 potong..hihi..saya rajin buat kek lapis ni..apapun tq dtg rmh ya..
sedapnya...
ReplyDeletesekarang suka makan kek yang dikukus..
kek kukus memang sedap kan kak..
DeleteSedap ni kalau tengah santai2 di petang hari bersama keluarga...hidang kek kukus velvet sama satu jug teh O /kopi O panas....perghhh....
ReplyDeletehai rahel..
Deleteya rahel..memang siuk santai dengan family sambil makan kek ni..tambah lagi dengan kopi or teh panas kan..heheh..
salam... cantik nya kek belang2 .... dah lama tak buat kek kkukus ..... mau je nak kukus kek
ReplyDeletesalam .. cantiknya belang2 dah lama tak buat kek kukus ... kalu mai sepotong ni lagi best hihih
ReplyDeletesalam wani..
Deletetq ya datang sini..haa, kalau nak sepotong kena p sini wani..bleh makan banyak2 jugak..hihi..
Cantiknya kek dengan warna-warna yang menarik!
ReplyDeleteterima kasih banyak2 ya kak atas kunjungannya..saya memang minat sangat dengan warna pelangi ni sebab meriah dan ceria..
Deletecantik..suka tgk..mesti sedap jugak rasanya tu..leh la try..kek pon nmpk lembut n gebuss
ReplyDeletehai QH..
Deletekek ni bukan ja cantik colorful tapi macam-macam flavour ada..best makan.