Selamat tengahari dan salam ceria diucapkan pada hari pertama jumaat dalam bulan mei ni..memandangkan hari ni ada banyak masa menghadap laptop maka aku ingin berkongsi tentang entri resepi Cheesy ball ala Kfc..pada sapa yang pernah makan cheesy ball ni di kfc mesti tau macamana rasanya kan..sedap dengan keenakkan cheese yang meleleh apabila dimakan panas-panas..yummy..aduhai, memang bab yang ada cheese ni favourite aku..hihi..^_^
Aku sudah lama mau buat cheesy ball ni..dan baru-baru ni dapat juga buat akhirnya dan hidangkan masa buat sambutan birthday tempohari..alhamdulillah habis semuanya tiada satu pun yang tinggal..heheh..resepinya aku intai di blog sitikektus..apupun, terima kasih banyak ya atas perkongsian reseepi..
CHEESY BALL |
Untuk resepinya aku kongsikan di bawah ni ya..jom semak!!
RESEPI: CHEESY BALL ALA KFC
SUMBER: SITIKEKTUS.BLOGSPOT.COM/KAK CHAQ
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
5 biji kentang sederhana besar
1 1/2 cwn tepung gandum ( ikut sukatan kentang, kalau kentang lebih, lebihkan tepung )
Garam secukup rasa
Lada putih
1/2 keju cheddar - potong dadu kecil
Bread crumb
2biji telur - dikocok
CARANYA:
- Rebus kentang bersama garam. Bila empuk, angkat dan toskan. Ketepikan.
- Gaul kentang bersama tepung. Jangan lebih tepung, nanti kenyal.
- Masuk lada putih dan gaul.
- Bentuk menjadi bebola.
- Masuk cheese yang dipotong dadu ditengah bebola tersebut. ( caranya seperti macam buat kuih buah melaka )
- Salut dengan serbuk roti.
- Gaul dengan telur kemudian golekkan sekali lagi dengan serbuk roti.
- Sedia untuk digoreng.
- Boleh buat frozen juga. Sejukkan dalam peti ais. Bila mau makan baru goreng.
Boleh rujuk gambar di bawah ni..
Senang ja mau buat..
Masa buat bebola ni, waie tolong aku buat..so, paham-paham la kalau ada saiz besar kecik..ada bulat ada pula lonjong..aduhai..huhu..
Ni sudah siap dan aku frozenkan..sebab aku buat ni sehari lebih awal sebelum digunakan..korang try la buat sendiri..sedap makan panas-panas ni..bila gigit cheese yang meleleh tu yang paling umph..hihi..
Okey la, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi di entri yang lain..thanx kerana datang sini dan baca entri hingga habis. Sekian.
sedap nih..simple je cara buat ye..ada masa leh cuba
ReplyDeletehehe, sure sedap..nanti try la ya..
Deletedah la dok plan nak buat ni.. takbuat2 lagi.. tgk post ni berkobar2 balik rasa nak buat
ReplyDeletehihi, buat ya, jangan tak buat..sedap ni makan panas2..
Deletesedapnya. macam senang jer buat. nak try lah
ReplyDeletesenang ja mau buat cheesy ball ni..nanti awak try buat ya..hihi
DeleteSedap tu kalau pekena dgn sos
ReplyDeleteha'ah betul tu..sedap kan..apalagi yang panas..
Deletemak saya selalu buat ni.. slalu mkn time sarapan (:
ReplyDeletesedap kan amira..^_^
Delete