Hari ni merupakan hari ke-2 hari raya korban..tapi di sini sudah sunyi..masing-masing sudah membuat aktiviti masing-masing..aku duduk diam-diam di rumah meneruskan rutin harian aku membuat kuih-muih jualan seperti biasa..
Okeylah, hari ni aku ingin kongsikan hasil projek 'meroti' aku minggu lepas..alhamdulillah happy sangat sebab berjaya!!!! Suka suka suka..heheh..aku buat 2 jenis bun iaitu Sosej bun & Cheese bun..resepinya aku intai dari blog Kak ina@ zalinzalina..paling membanggakan doh roti ni uli tangan tau..sangat gigih aku menguli..paling best, rotinya sangat-sangat lembut..Thanx Kak Ina share resepi..labiu..
Eii..rasa berbunga-bunga sangat hati ni bila tengok roti menjadi..cantik ja kembang..macam hati aku ni juga..hihik..
Sosej bun ni la yang paling cepat habis..laku..aku buat versi mini..comel dan kecil..siap berebut-rebut lagi makan..hihi..
Cheese bun ni pun ada penggemar tersendiri..terutamanya aku la..^_^
Untuk resepi aku share di bawah ni..Sila semak ya..
RESEPI: SOSEJ BUN & CHEESE BUN
SUMBER: ZALINZALINA.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
250 g tepung high protein
50 g marjerin
50 g gula kastor
1 sk yis kering
1/2 sk bread improver
1 sk susu tepung @ susu pekat
1/2 sk garam halus
1 biji telur gred B
105 ml /gram air suam ( kalau guna mixer kena letak air sejuk )
CARA:
- Masuk semua bahan dalam 1 bekas kecuali air suam, yis dan gula kastor.
- Sebelum tu, bancuh air suam dan gula hingga larut baru letak yis Kacau dan biar hingga berbuih.
- Letak air bancuhan gula dan yis dalam bekas dan gaul rata. Keluarkan dan uli atas dulang, uli tangan 5 minit.
- Tutup dengan plastik dan biar selama 30 minit.
- Lepas 30 minit doh kembang.
- Bulatkan doh, lumur tangan dengan sedikit tepung untuk tidak melekat di tangan.
- Gelek doh guna tangan dan jadikan panjang kemudian lilit sosej. ( untuk bun sosej )
- Bulatkan doh dan susun dalam loyang yang dilenser dengan marjerin ( untuk bun cheese ).
- Tutup loyang dengan plastik dan biar selama 45 minit - 1 jam.
- Untuk sapuan atas doh, guna 1 biji telur dan 2 sb air/susu segar.
- Bila doh kembang baru sapu bancuhan telur.Untuk bun sosej taburkan bijan di atasnya. Untuk yang kosong, tabur cheedar cheese parut dan sedikit gula pasir.
- Bakar selama 15-20 minit, suhu 180 'c
- Bila keluarkan dari oven, terus sapu marjerin untuk bagi kesan berkilat.
-Selamat mencuba-
Sila rujuk gambar di bawah ni ya..
Enjoy..
Kepada teman-teman yang sedang dalam perjalanan balik ke rumah masing-masing tu, hati-hati memandu di jalanraya ya..
Selamat malam dan babai
-wasalam-
Bestnya tengok roti! Nak buat malas,..wana pulak jauh,..akak jamu mata jelah ye.
ReplyDeleteAlahai.. Feveret tu roti sosej tuu. Teringinn nak buaaat. T T
ReplyDeleteHai..sdpnye roti tu bleh try wat nnti..tq sharing.
ReplyDeleteJemput ke blog sy lak ye!
www.shazdeshoppe.blogspot.com
Wah..sedap3.. terliur tengo roti tu.. tahniah anda ada blog yg banyak entri. Jemput blogwalking di www.yatiadam.com
ReplyDeletedearr project kita sama hehehe meroti laa pulak tapi biasa laa resepi beza2 kan...banyak betul resepi roti tau..yg penting tetap sedap...
ReplyDeleteAlhamdulillah...best nya...:-)
ReplyDeleteKalau rajin nak buat juga...tapi selalu malas
ReplyDeletehttp://mrsjaysblog.blogspot.com/
teringin nak buat jugalah, terutama bab nak bagi kilat tu, sebab buat sebelum ni tak jadi berkilat sbb tak tau tekniknya, he he.
ReplyDeletenak buat jugalah, dah tau teknik nak bagi berkilat tu.
ReplyDeleteSalam singgah sini dik Wana...sedapnya...
ReplyDeleteSedah tul...
ReplyDeleteSedap..
ReplyDeleteHadoi hadoi. Terliuh tahap sampai nak pergi kedai cari sekarang. HAHA
ReplyDeletePos ke kite siket kak. hehe
GEBUNYA....
ReplyDeletesalam singgah waduh hati kita pun berbunga bunga jugak lah hii.. tak pernah nak buat roti uli tangan takot x jadi hiii
ReplyDeleteAnak-anak suka bun sosej tu tapi mama diaorang yang malas. Senang beli ja...hehehe
ReplyDeletewahh bestnya gebu jer roti2 tuh. Paling terliur yg sosej bun tuh huhuhu
ReplyDeleteGebu-gebas menjadi rotinya.
ReplyDeleteTahniah sis.
Terliur tengok cheese bun tu... idah suka... resepinya mudah saja kan... nak ngan tak nak jer buat... hahaha...
ReplyDelete