LAGI, APAM ISABELLA

SALAM SEJAHTERA SEMUANYA..

APAM ISABELLA
HARGA RM0.35 SEBIJI ( MEDIUM/NORMAL SIZE )

Sekali lagi aku siarkan entri mengenai apam isabellaku ini..apam yang sering diorder dan menjadi favorite customerku..apam ni bukan saja nampak cantik, gebu dan mekar tapi rasanya juga sedap..antara bahan yang aku bubuh dalam adunan apam ni adalah air ice-cream soda dan juga esen ros..so, memang wangi aroma ros la..

Selalu juga aku kena tanya macamana mau buat apam ni mekar ataupun ketawa besar macam ni kan..sebab ada sepupu dan teman buat resepi yang sama tapi tidak menjadi mekar macam yang aku buat ni..pada pendapat aku mungkin ketika proses membuat adunan apam ni..ianya tidak dipukul sehingga kembang ataupun ketika mengukus api terlalu kecil..menggunakan air ice-cream soda yang sudah tidak ada gas ataupun tidak menggunakan telur sejuk dari peti ais pun mungkin juga salah satu punca apam tidak mekar..




Untuk pertanyaan/order produk kuih-muih kami, terus saja hubungi email dan talian telefon kami yang tertera di atas. Tq..

KEK BUTTERCREAM: KEK ANGRY BIRD EDIBLE IMAGE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA..


Hai, kita bersua kembali pada hari yang cerah ini..syukur alhamdulillah kerana masi dipanjangkan umur dan masi dapat menulis di blog ini. Okey aku mau cerita pasal kek yang telah dibuat pada minggu lepas iaitu kek buttercream gambar angrybird untuk birthday sorang teman yang menyambut ulangtahunnya yang ke-25 iaitu Suzielawati atau lebih mesra dengan panggilan Suzie..sebenarnya teman tu tidak la request mau minta kek apa..so, buatlah kek gambar angrybird..hehe..apapun, dia sangat suka dengan kek tu..alhamdulillah..Kami dari sweet red cherry mengucapkan Happy Birthday to Suzie..kami doakan semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu..Amin.

Jom kita lihat gambar-gambar kek..
KEK BUTTERCREAM ANGRY BIRD EDIBLE IMAGE


 Kek yang dibuat adalah kek span vanila kemudian di salut dengan buttercream..



Letak edible image angrybird..

Nampak comot sikit kerana belum siap deko..


Hasil kek yang telah siap..birthday Suzie di sambut di tepi pantai...so, ala-ala picnic la gitu...hehe..



Sekiranya ada yang ingin menempah, sila email atau telefon kami yang tertera di atas. Terima kasih.