Order Kuih Bakar Pandan

Hai, assalamualaikum w.b.t..

Selamat pagi semuanya..terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog kami ni..kami akan sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada dan pada yang sudi follow blog Sweet red cherry tu, makaksih banyak ya..

Okey, pagi ni aku mau tayang gambar kuih bakar pandan yang telah di tempah pada minggu yang lepas..kuih bakar pandan ni memang sedap..terasa lemak manisnya..dan ramai juga yang mengakuinya..ada yang suka simpan dalam peti sejuk kerana mengatakan ianya lagi sedap dimakan selain kuih ini akan tahan lebih lama..kalau tidak silap aku, resepi ni aku dapat 'dari dapur CT'..

Di sini mau share resepi kuih bakar pandan..pada kak Ct, aku minta izin share resepi ni ya..kalau ada yang teringin mau mencuba tu, sila semak resepinya di bawah ni..

RESEPI: KUIH BAKAR PANDAN
SUMBER: DARI DAPUR CT
 DI CUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 cwn gula
1 cwn jus pandan ( air + esen pandan )
2 cwn tepung
2 1/4 cwn/450ml santan
2 sk mentega
3 biji telur
1/2 sk garam
pewarna hijau
2 camca teh minyak
Bijan

CARA:
- Satukan semua bahan kecuali bijan. Putar sebati.
- Masuk minyak dalam loyang.
- Panaskan loyang dalam oven. Apabila panas, masak adunan kuih.
- Tabur bijan
- Bakar 180 degree selama 50 minit.

- Selamat Mencuba-

Jika anda juga berminat untuk order kuih bakar pandan ni..jangan malu untuk hubungi kami menerusi email atau terus kol ke talian telefon kami yang tertera di atas tu ya..terima kasih.

Kuih-muih jualan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Alhamdulillah kita bersua lagi pada malam hari ni setelah beberapa hari ni blog ni agak sepi dan tidak ada meninggalkan sebarang entri baru..maaf la ya sebab beberapa hari yang lepas jadual aku agak padat dan tidak berkesempatan untuk mengupdate entri yang baru..

Baiklah, malam ni aku mau siarkan gambar kuih-muih yang aku buat untuk jualan sempena Karnival perniagaan anjuran MARA Sipitang yang telah berlansung selama 4 hari bermula pada 10/04-13/04/2013..memang kalau ada aktiviti keramaian macam ni kami akan join untuk berniaga sambil mempromosikan produk kami..alhamdulillah sambutan dari pelanggan sangat mengalakkan..memang puas hati walaupun penat..

Ni adalah antara yang aku buat..jom la layan gambar..

KEK COKLAT STRAWBERI, RM 28( SEBIJI )

KEK COKLAT MOIST, RM 20 ( 1/2 KG )

CUPCAKES CHOC MOIST, RM 1.50 ( SEBIJI )

Okey la..sampai sini saja dulu..kita jumpa di lain entri pula ya..untuk tempahan atau pertanyaan, sila email atau terus dail ke talian kami yang tertera di atas ini ya..tq..