Order yang simple

Asssalamualaikum  dan salam sejahtera..

Hai..salam ceria diucapkan buat semua dihujung minggu ni..mungkin ada yang tengah bersantai di rumah dan tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan berjalan dengan teman2 atau keluarga tersayang ke tempat-tempat tertentu..kalau aku duduk rumah ja la ni berehat..penat sebab beberapa hari yang lepas sangat sibuk dengan katering..apapun, sangat bersyukur dengan rezeki yang diberikan..alhamdulillah..so, maaf la ya sebab tidak ada siarkan entri baru dua hari yang lepas..nda larat sudah mau update blog..hanya sempat membalas komen dan jenguk blog teman-teman saja..

So, untuk hari ni mau siarkan order yang sangat simple dari Peladang yang minta sediakan menu breakfast mereka di opis iaitu Mee goreng, Kelupis dan minuman panas iaitu Nescafe..

MEE GORENG

KELUPIS INTI SAMBAL UDANG

NESCAFE
So, ni ja la antara yang di order tempohari..walaupun simple tapi kami senang dapat memyediakannya dan pelanggan berpuas hati dengan apa yang kami buat dan sediakan..

Kami juga mau ucapkan terima kasih banyak pada Peladang yang tidak pernah jemu menempah dengan kami..mungkin mereka sudah serasi dengan kami dan menyebabkan mereka sangbat setia menjadi pelanggan tetap kami..tqvm..

Pada teman-teman follower baru kami ucapkan terima kasih ya..sangat senang dan gembira dapat menambahkan kenalan ni dan kesudian anda semua menjenguk serta meninggalkan komen sangat kami hargai..sokongan anda semua tu amat beerti buat kami..insyaallah kami akan sentiasa memperbaiki segala kekurangan yang ada pada kami..sekali lagi..terima kasih ya..kita jumpa lain entri pula..bye..

KEK MARBLE SUSU

Hai, assalamualaikum dan selamat petang..

Di tengah sibuk membuat kuih-muih yang ditempah ni aku menyempatkan la untuk update blog publish satu entri untuk tatapan pengunjung2 SRC semuanya..entri yang aku siarkan ni adalah Kek Marble Susu di mana resepi aku ambik dari dapur seorang blogger terkenal iaitu CMG@Dapur tanpa sempadan..memang rata-rata banyak yang telah mencuba kek ni dan mengatakan sedap..so, bila aku sudah buat dan merasanya memang tidak dinafikan kek ni bukan saja sedap malah gebu dan lembut ja kejadiannya..

KEK MARBLE SUSU, HARGA RM 28 ( SEBIJI )


Di sini aku sertakan resepi kek ni..mohon izin ya pada CMG untuk memanjangkan resepinya di sini..

RESEPI: KEK MARBLE SUSU
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250 g mentega
230 gula halus
2 sk ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung gandum
1 sk baking powder
60 g susu manis
2 sb koko
2 sb susu cair
1 sk coklat emulco

CARA MEMBUATNYA:
- Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masuk telur satu persatu. Putar kembang dan gula hancur. Masuk susu dan gaul.
- Masukkan tepung dan gaul sebati. Bahagi 2 aduanan.
- 1 bahagian, campur susu cair, serbuk koko dan emulco.Gaul. 1 bahagian, plain.
- Tuang selang seli adunan tersebut. Buat pusingan dengan chopstik.
- Bakar 170 degree selama 30-35 minit.

-Selamat Mencuba-


Baiklah, setakat ni la entri aku dulu ya..mau sambung buat kerja lagi ni..daa n jumpa lagi..