BISKUT SUJI SALJU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...

Selamat cuti hujung minggu..ada yang kurang sibuk pada hari ni dan pada masa ni la baru dapat berehat dan melakukan aktiviti kegemaran masing-masing..tapi bagi yang bisnes macam aku ni hari-hari sibuk memyiapkan kuih untuk jualan dan juga tempahan pelanggan..so, bila ada masa lapang tu baru dapat berehat..tapi, aku sukakan apa yang aku buat ni kerana aku minat melakukannya..so, aku enjoy dengan bisnes yang aku buat..apalagi hasil tangan disukai pelanggan..membuatkan aku rasa hepi..terima kasih pada semua pelanggan yang telah menempah dengan kami..kami akan sentiasa meningkatkan kualiti produk kami..

Baiklah, untuk petang ni aku mau kongsikan entri biskut..masih banyak lagi biskut yang masih dalam folder yang belum disiarkan dimana biskut-biskut ni aku buat untuk aku cuba cuba sendiri dan untuk tester kepada pelanggan..Hari ni aku siarkan entri Biskut Suji Salju..salah satu biskut yang popular juga dan aku ja yang ketinggalan untuk mencubanya..heheh..memang tidak menyesal la buat biskut ni sebab memang sedap rasanya..ranggup dimakan dan ada taburan susu di atasnya memang menepati seleraku..aku suka ni biskut yang ada susu..hihi..resepinya aku ambik dari Yatiememories..tq kak share resepi biskut ni..suka sangat dengan biskut ni..
BISKUT SUJI SALJU


Bagi anda yang mau mencuba buat biskut ni juga..haa, sila la semak resepinya di bawah..mohon ya kak yatie aku panjangkan resepinya di sini..tq..

RESEPI: BISKUT SUJI SALJU
SUMBER: YATIEMEMORIES
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
150 g minyak sapi
100 g mentega
100 g gula kastor
1 sk esen vanila
1 biji kuning telur
BAHAN B:
100 g cornflakes/nestum-kisar
100 g tepung jagung
50 g tepung suji
BAHAN C:
280 g tepung gandum -ayak

-Susu tepung secukupnya untuk salut biskut
- Sedikit gula icing

CARA MEMBUATNYA:
  1. Putar bahan A hingga sebati. Masuk semua bahan B dan gaul rata. Tambah tepung gandum sikit2 hingga dapat doh untuk dicanai.
  2. Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemaran
  3. Bakar dalam suhu 170 degree selama 15-20 minit.
  4. Biar suam dan salut biskut dengan susu dan gula icing.
  5. Sejukkan.
-Selamat Mencuba-


Sampai sini la dulu entri aku pada hari ni..thanx datang sini dan baca entri ni hingga ke akhirnya..tq juga pada yang follow dan add di google..oklah, kita jumpa lagi nanti ya..

Bagi yang ingin menempah biskut atau produk kuih-muih kami, terus saja email atau telefon di talian kami yang tertera di atas tu..tq

RESEPI KEK MARJERIN

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cuaca yang mendung dan ruang udara yang masih dipenuhi dengan jerebu menutupi pandangan bukit yang selalunya kelihatan dari rumah..sekarang ni yang hanya nampak warna putih saja dan haba yang panas..semoga saja hujan turun agar jerebu yang melanda sekarang ni berkurangan..amin.

Baiklah, sebelum aku berkongsi entri yang aku post pada petang ni..aku ingin ambil kesempatan  mengucapkan terima kasih pada follower baru blog SRC..thanx juga pada teman-teman blogger yang lain yang sudi datang menziarahi ke sini dan meninggalkan komen..serta pengunjung semua dan silent readers yang berkunjung ke sini..semoga saja apa yang aku siarkan di sini dapat dikongsikan dengan semua..

Hari ni aku ingin siarkan dan kongsi resepi Kek Marjerin..sebelum-sebelum ni aku pernah siarkan mengenai kek ni tapi masa tu tiada sertakan dengan resepi..so, kali ni aku ingin kongsikan pula resepinya dengan kawan-kawan semua..sumber aku sudah lupa dari mana aku dapat..tapi yang aku ingat aku google resepi tu di internet..masa tu lupa catat pemilik resepi asal..so, harap maaf ya..Kek ni cantik dan gebu ja hasilnya..sedap la makan sambil hirup nescafe or kopi panas..hehe..so, kalau berhajat mau buat kek butter tapi tiada stok tapi ada marjerin ja..tiada masalah..boleh la buat kek ni..senang ja pun buatnya dan bahan pun simple..

KEK MARJERIN


Mari kita semak resepinya di bawah ini..

RESEPI: KEK MARJERIN
DI CUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 1/3 cwn marjerin
1 1/3 cwn gula halus
5 biji telur
3 cwn tepung gandum
1 sk ovallete
2 sk baking powder
1/3 cwn susu segar/susu cair
1 sk esen vanila

CARA MEMBUATNYA:
- Pukul gula halus dan marjerin sehingga adunan menjadi ringan.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
- Masuk ovallete dan esen vanila. Pukul sebati.
- Masukkan tepung selang seli dengan susu..pukul sebati.
- Tuang adunan dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
- Bakar 175 degree selama 45 minit atau hingga masak.

-Selamat Mencuba-


Okey semua, aku mau undur diri dulu ni..banyak kerja mau buat..alhamdulillah start hari ni hingga ahad kami ada tempahan katering..hari ni pun dapat order sampai dua katering dari customer yang berlainan..double katering la hari ni..so, memang agak bz sikit..apapun, syukur alhamdulillah atas rezekiNYA..nantikan la entrinya akan aku post akan datang..jumpa lagi ya..bye..