MUFIN YAM/KELADI

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hai, nampaknya kita bersua lagi pada petang ahad yang mendung dan redup ni..dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa buat rasa nyaman ja masa tengah beristirehat ni..memang best duduk santai2 time macam ni kan..hehe..rasa mau tidur pun ada juga..

Pada petang ni aku mau kongsikan satu resepi mufin yang mana aku telah buat mufinnya beberapa minggu yang lepas..hari ni baru siar entri mufin ni..hihi..Mufin yang aku buat tu adalah Mufin Yam/Keladi..resepinya sudah tersimpan agak lama..pernah buat sekali dulu beberapa tahun yang lalu tapi baru kali ni kongsikan di sini..haha..lama kan..resepinya aku dapat dari Ida Bakery..mufin ni memang best dan sedap dengan rasa yam..so, bagi peminat yam tu harus rasa mufin ni..

MUFIN YAM/KELADI, RM 0.80 ( MEDIUM )


Aku kongsikan juga resepi ni dengan teman-teman semua bagi yang berminat untuk mencuba..


RESEPI: MUFIN YAM/KELADI
SUMBER: IDA BAKERY
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN :
1 3/4 cwn tepung naik sendiri ( aku guna tepung gandum + 1 sk baking powder )
2/4 cwn marjerin cair/minyak
1 cwn susu segar
1 biji telur
1/2 sk garam
1/2 cwn gula icing
1 sb yam paste
1 sk pewarna ungu
1 sb perasa yam ( aku x bubuh )

CARA MEMBUATNYA:
- Satukan minyak, susu segar dan telur. Pukul guna whisk.
- Kemudian masukkan yam paste, pewarna dan perisa keladi. Gaul sebati.
-Dalam bekas lain, tepung naik sendiri, garam dan gula. Kacau sebati.
- Buat lubang dalam adunan tepung dan masukkan bancuhan yam tadi.
- Sudukan dalam papercup dan bakar dalam oven suhu 190 degree selama 25 minit.

-Selamat Mencuba-



Entri ni sampai sini sajala dulu ya..aku akan siarkan entri baru pada siaran akan datang pula..okey la, jumpa lagi..babai..

SENARAI BISKUT/KUIH RAYA DAN HARGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari jumaat ni..memang lambat post entri..sibuk dengan projek buat biskut..hehe..so, sekarang ni memang tengah free dan rileks depan laptop..okey, hari ni aku siarkan senarai biskut/kuih raya dan harga bagi yang berminat menempah dengan kami..sebelum ni ada juga yang sudah bertanya apa jenis biskut yang aku buat dan harganya sekali.. aku minta maaf la ya kerana kelewatan menyiarkan senarai ni atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..

Baiklah, mari kita lihat senarai jenis biskut/kuih raya untuk tahun 2013 ni..jom..

BISKUT OREO
 1. BISKUT OREO : RM 0.40 ( SEBIJI )

BISKUT BLACK BEAUTY & SNOW WHITE
2. BISKUT BLACK BEAUTY & SNOW WHITE : RM 0.50 ( SEBIJI )

BISKUT SNOW ALMOND
 3. BISKUT SNOW ALMOND : RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT MAMA CARRIES
 4. BISKUT MAMA CARRIES : RM 0.35 ( SEBIJI )

BISKUT SUJI SALJU
 5. BISKUT SUJI SALJU : RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT NESTUM
 6. BISKUT NESTUM : RM 0.45 ( SEBIJI )

SHORTBREAD COOKIES
 7. BISKUT SHORTBREAD : RM 0.40 ( SEBIJI )

BISKUT BEBOLA CRYSTAL
 8. BISKUT BEBOLA CRYSTAL : RM 0.45 ( SEBIJI )

TAT GULUNG NANAS
 9. TAT GULUNG NANAS : RM 0.50 ( SEBIJI )

BISKUT KACANG CRISPY
 10. BISKUT KACANG CRISPY : RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT BEBOLA SULTANA



 11. BISKUT BEBOLA SULTANA : RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT ALMOND LONDON
 12. BISKUT ALMOND LONDON : RM 0.50 ( SEBIJI )

BISKUT CERELEC
 13. BISKUT CERELEC : RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT CELUPAN COKLAT
 14. BISKUT CELUPAN COKLAT : RM 0.45 ( SEBIJI )

POPIA SERUNDING UDANG
15. POPIA SERUNDING UDANG : RM 50 ( 1 KG ), RM 25 ( 1/2 KG )

So, ni la antara jenis biskut/kuih raya yang aku buat..ada beberapa lagi yang belum aku siarkan..so, aku akan update senarai ni dari masa ke semasa..kalau ada yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi email: siti.salwana@yahoo.com atau call/sms ke talian 012-8244251 ( Bbwana )..

Sampai sini sajalah dulu entri aku ya..chow..-wasalam-