KEK LEMON

Salam sejahtera & selamat malam..

Okey la..ni mau buat quick entri untuk hari ni..tidak mau cerita panjang sebab sudah mengantuk..entrinya adalah Kek Lemon yang mana resepinya aku  intai di blog Kak Fiza@ Fiza LGK..sangat mudah ja buat kek ni..tq kak share resepi..
 
KEK LEMON
 Aku kongsikan resepinya di bawah ni ya..

RESEPI: LEMON COCONUT LOAF
SUMBER : FIZA LGK

BAHAN : ( LOYANG 8X4 )
1 cwn gula kastor
1/2 cwn mentega
2 biji telur
1 biji lemon ( diparut kulit dan perah jus )
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1/4 sk garam
1/2 cwn susu segar
1/2 cwn kelapa kering
 
Glaze topping: - aku x buat
3/4 cwn gula icing                    }kacau hingga
2 sb jus lemon - ikut keperluan }pekat

CARA:
  1. Panaskan oven suhu 175 degree.
  2. Pukul gula kastor dan mentega hingga gebu.
  3. Masuk telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Tuang jus lemon dan kulit dalam adunan mentega.
  5. Masuk tepung yang diayak sikit-sikit selang susu segar, pukul sebentar.
  6. Akhir, masuk kelapa kering dan kaup balik hingga rata dan tuang dalam loyang.
  7. Bakar selama 60-65 minit.
  8. Setelah kek sejuk, hias dengan glaze lemon.
  9. Masuk dalam piping beg dan hias atas kek dan tabor kelapa kering.
-Selamat mencuba-




Untuk buah lemon, selalunya aku tidak beli..hanya petik ja di rumah makcik..banyak betul..kadang-kadang sampai masak dan busuk di pohonnya sebab tidak ada masa petik..gambar di atas tu lemonnya masih hijau lagi..

 
Okey la ya..jumpa lagi di lain entri..daa..

CHOC.MOIST CUPCAKES WITH CREAM CHEESE FROSTING

Assalamualaikum w.b.t..

Salam manis dan salam ceria diucapkan buat semua yang berkunjung ke blog Sweet red cherry..terima kasih atas kunjungan kalian semua..

Hari ni masih bercerita tentang entri order minggu yang lepas-lepas..sepupu aku, Anim tempah cupcakes sempena ulangtahun tunangnya, Shamsul yang ke-27 tahun..memandangkan tunangnya sangat gemar makan  cupcakes..ok lah, sebelum ni Anim pernah order Oreo cupcakes..kali ni Anim order Choc moist cupcakes pula dan mahukan cream cheese sebagai frosting..so, aku buat macam yang direquest..Anim juga mau simple deko ja..

CHOC MOIST CUPCAKES WITH CREAM CHEESE FROSTING, RM2 ( EACH ) MEDIUM SIZE

 Aku share resepi cupcakes ni di sini dengan kawan-kawan semua..jom semak..

RESEPI: CHOC MOIST CUPCAKES
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 cwn air panas             }bancuh hinnga
1 1/2 cwn serbuk koko }sebati
2 3/4 cwn tepung gandum }
1/2 sk baking powder      }ayak
2 sk soda bikarbonat       }
1/2 sk garam
1 cwn mentega
2 cwn gula halus
4 biji telur
1 1/2 sk esen vanila

CARANYA:
  1. Pukul gula dan mentega hingga ringan dan gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanila, garam dan tepung yang telah diayak. Putar lagi.
  4. Kemudian masukkan bancuhan koko. Putar sebati.
  5. Sudukan dalam papercup 3/4 penuh dan bakar dalam oven suhu 170 darjah celcius selama 18-22 minit.
  6. Setelah masak sejukkan baru hias.
CREAM CHEESE FROSTING
SUMBER: K.ZU ( SEMANIS GULA )

260 g cream cheese
130 g butter
130 g gula icing - ayak
Sedikit jus lemon - aku tambah

  • Putar semua bahan di atas hingga sebati. Jangan terlebih putar.
  • Sedia untuk digunakan.
-Selamat mencuba-


 Jika ada yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami terus ke talian, 012-8244251 ( bbwana ). Tq

Sampai sini ja dulu ya entri hari ni.. jumpa lagi..