TEMPAHAN AGAR-AGAR KERING & KEK YAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hello..kembali bersiaran pada petang sabtu yang sangat cerah ni..beberapa hari yang lepas agak sibuk menyiapkan order pelanggan so, memang tidak dapat update blog sebab badan ni penat sangat..hari ni boleh la publish satu entri sementara menunggu kek yang dibuat sejuk untuk dihias..sebenarnya aku perlu siapkan tempahan kek hari ni dan perlu dihantar petang karang..tapi, sempat lagi tulis entri..hehe..

Okey la, hari ni aku mau siarkan entri tempahan agar-agar kering dan kek yang aku buat pada awal bulan disember yang lalu dan telah pun selamat sampai ke tangan tuannya..jom la kita lihat gambar..

Agar-agar kering yang di tempah oleh Ms Judy dari Bundusan..tq atas tempahannya ya..ada empat perisa agar-agar kering yang di request oleh Ms. Judy iaitu laici, mangga, oren dan ros.

AGAR-AGAR KERING



Kek Yam @ Yam sponge cake ni pula di tempah oleh regular customer iaitu Ms. Uci..biasalah, oleh kerana peminat tegar kek yam..so, setiap kali tempah kek dengan kami, memang nda miss order kek perisa yam..hehe..tq Uci..
YAM SPONGE CAKE
 Oleh kerana kek ni untuk kanak-kanak, so aku pun deko kek bertemakan kanak-kanak..sesuai la kan..nampak meriah dengan badut tu..hehe..


 Happy belated birthday to Alai Afnan..



Jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk kuih-muih kami, sila email ke siti.salwana@yahoo.com atau terus hubungi ke talian 012-8244251 ( bbwana )..boleh sms/call/whatsApp untuk info lebih lanjut ya..sekian, terima kasih.

Sambutan birthday & Black Forest Cake

Assalamualaikum w.b.t..

Hai salam sejahtera, alhamdulillah bersua lagi kita pada malam ni nampaknya..badan sudah kurang letih dan telah beransur segar..jadi, boleh la masukkan entri baru lagi malam ni untuk tatapan pengunjung semuanya..kalau tidak, entrinya itu-itu ja..nda bertukar-tukar sebab tidak sempat mau update..heheh..

Okey la, malam ni mau siarkan pula entri tertunda iaitu mengenai sambutan birthday insan tersayang dalam hidup aku yang diadakan di Mc Donald akhir bulan yang lepas bersama anak-anak..beliau merupakan salah seorang yang amat aku sayangi dalam hidup..beliau sudah aku anggap sebagai mama dan aku juga sudah dianggap sebagai anak..rasa terharu, gembira dan bangga rasanya..kira-kira 9 tahun aku mengenali beliau membuatkan aku cukup rapat dan sayang dengannya..beliau sangat baik hati, pemurah, sangat rajin, pandai masak dan understanding..beliau adalah Pn.Nursidah Bt. Hj. Abdul Jalil..

 Bersama suami tercinta..

 'Happy birthday yang ke 49th..semoga dilanjutkan usia, di beri kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t..amin'


 Posing sama-sama lepas makan..1,2,3 smile! hehe..


 Inilah kek birhdaynya..Black forest cake..bukan buat ya..beli ni..hehe..sebenarnya plan asal memang mau buatkan kek yang special untuk beliau tapi atas sebab-sebab tertentu  terpaksa beli kek yang di sponsor oleh anaknya, Mrs. Effa & Mr. Ridzwan..makan di Mc'd pula di sponsor oleh anak-anak beliau yang juga aku anggap sebagai adik beradik iaitu Mrs. Effa, Ms. Adienia dan Shamsul..thanx all belanja makan ya..memang best dapat kumpul ramai-ramai dan sambut birthday untuk mama tersayang..


Ini pula jambangan bunga ros yang aku tempah khas sebagai hadiah buat beliau..homemade chocolate roses..sebenarnya aku request kaler merah untuk roses tu tapi tiada..so, kaler pink ni pun nampak cantik juga kan..tq kak adi sebab gubahkan jambangan bunga ni macam yang aku mau..aku suka sangat bila beliau terima dan suka hadiah aku yang tidak seberapa ni..

Kalau ada yang teringin mau tempah homemade chocolate roses ni atau pun mau design lain boleh la ke https://m.facebook.com/LovelyChocoBites..pelbagai jenis homemade coklat ada..

Okey la semuanya, aku mau undur diri dulu..kita jumpa lagi di lain entri pula ya..thanx singgah sini dan baca entri sampai habis..selamat malam dadaaa-wasalam-