SHAWL KLASIK RM15 SAHAJA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Harap jangan terkejut kenapa tiba-tiba aku jual tudung pula..sebenarnya dapat 'request' dari sorang teman minta tolong promosikan shawl yang cantik ni di blog aku..apa salahnya tolong kan :)

Jom beli SHAWL KLASIK..cantik dan murah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Harga murah-murah!!! Hanya RM15 termasuk pos!!!! Siapa cepat dia yang dapat ^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Hanya tinggal color hijau dan biru..

CEPAT!!CEPAT!!!

BERMINAT: Hubungi 012-8244251(bbwana) whatsApp. Tq

Resepi Ayam Pandan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan satu resepi yang aku dan keluarga suka sangat makan..nak kongsi resepi Ayam pandan.. korang pernah makan tak? sedap kan?? kalau tak pernah..korang kena try tau sebab sedap sangat..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ayam yang wangi pandan

Selalunya mama masak untuk hari-hari yang sangat istimewa saja seperti hari raya puasa dan hari raya haji..so, memang jarang dapat makan..tapi kalau dah dapat, makan memang sampai tak henggat hokey..heheh..

Jom tengok resepinya

RESEPI: AYAM PANDAN
SUMBER: Resepi dari my mama

BAHAN:
1 kg ayam - asingkan tulang, ambil isinya dan potong 2 inci dan potong sebesar jari
25 helai daun pandan - untuk membungkus ayam

BAHAN KISAR:
1 inci lengkuas
3 batang serai
3 helai daun limau purut
50 g daun ketumbar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil garam
3/4 sudu kecil kicap
3/4 sudu kecil sos ikan - jika suka
5 biji cili padi
2 sudu makan jus limau nipis

CARA:
  1. Perap ayam dengan bahan yang telah dikisar tadi. Perap semalaman atau boleh juga perap selama 4 jam.
  2. Masukkan jus limau, kicap, sos ikan, garam dan gula.
  3. Bungkus dengan daun pandan.
  4. Goreng garing
CICAH LADA SIMPLE:

BAHAN:
Cili padi
tomato
bawang besar
bawang merah
bawang putih
sedikit air
jus limau kasturi
garam
gula
  • Kuantiti bahan tersebut ikut suka
  • Blend semua bahan.
* NOTA:
>Jika tidak habis digoreng, boleh sejuk bekukan dalam peti sejuk.
> Sedap dihidangkan bersama nasi, acar timun & nenas, hirisan timun dan tomato

 -Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ayam yang telah siap diperap..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ayam yang telah siap dibungkus dengan daun pandan..bolehlah goreng lepas tu..masa goreng aroma pandan wangi sangat..

Okeylah, sampai sini saja ya..sampai jumpa lagi..babai..

Sekian,wasalam.