Hadiah top komentor dari blogger Sue

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Hadiah telah selamat sampai ke tanganku dua hari yang lalu. Hari ni baru sempat nak update di blog..

Hadiah top komentor ni datangnya dari seorang teman, Suhaila Hamid..aku tersenarai sebagai salah seorang top komentor di blog beliau bulan lepas..syukur alhamdulillah..

Jom tengok hadiahnya..


Aku dapat zikirmatik..alhamdulillah.. Pasti hadiah ni akan jadi sangat berguna pada aku..terima kasih banyak-banyak sue..semoga murah rezeki awak, amin..


Jom kenal-kenal dengan blogger sue dan komen banyak-banyak kat blog beliau..pasti dapat kunjungan balas dari sue..terjah blog sue>>www.sihatitunikmat.com<<

Beliau juga menjual produk kesihatan Shaklee dan boleh hubungi beliau untuk order atau minta nasihat tentang kesihatan..^_^

Sekian, wasalam.

BERTEMU EMPAT MATA DENGAN BLOGGER CIKGU FARHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni ada cerita best yang aku nak kongsi. Sebenarnya nak update semalam tapi rasa tak larat sangat akibat kaki semakin membengkak dan lebih rasa berdenyut.

Hari ni alhamdulillah, bengkak dah mula surut sedikit tapi tak boleh banyak bergerak sebab kalau bergerak darah dan nanah keluar di tempat luka. Sakit berdenyut..mama la yang bertindak sebagai 'jururawat peribadi' aku..terima kasih banyak ma..i luv u!!!!!!

Macamana cerita boleh jumpa dengan blogger CF@ Cikgu Farha ni..Haa, ni lah nak cerita..;) Al-kisah aku terima mesej di whatsApp dari CF  dan nak order apam coklat dan apam polka dot..setelah berbincang dan tetapkan masa maka kami pun berjumpa di sekolah tempat CF mengajar..

1st time jumpa kawan blogger, so sangat excited!!!

Happy dapat jumpa Cikgu Farha..orangnya comel..sangat senang berurusan dan cepat menyesuaikan diri dengan beliau kerana CF sangat peramah dan cepat mesra. Memang sesuai sangat jadi cikgu..hehe..

Terima kasih banyak dah tempah kuih dengan wana..CF siap tolong promo lagi dengan kawan-kawannya..labiu!!! Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi. Entri tentang order Cikgu farha akan aku siarkan kemudian.

Bagi yang belum kenal dengan Cikgu Farha, jom jemput singgah dan follow blog beliau>>Kisah Cikgu Farha<<

Okeylah, sampai sini saja entri hari ni..

p/s: maaf aku belum sempat balas kunjungan kawan-kawan..

Sekian, wasalam.