RESEPI MEE KOLOK BASAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari tu wana janji mau kongsi resepi mee kolok basah ni. Sebelum tu, pada yang tak tau mee kolok ni  adalah masakan yang berasal dari Sarawak.  Memang sering makan jika my sis pergi Lawas, dapat la kirim. Sedap tapi  sebelum ni aku selalu makan mee kolok goreng.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kali ni aku buat pertama kalinya versi basah pula. Alhamdulillah walaupun baru mencuba menjadi juga.Wink2 😉

Jom semak resepi..

RESEPI: MEE KOLOK BASAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: 
1 gulung mee kolok ( boleh tukar mee sanggul )
3 ulas bawang putih ( dimayang )
2 sb minyak masak
2 sb sos tiram
2 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
4 helai daun sawi ( potong 1 inci )
1/2 cwn hirisan ayam ( rebus dengan sup bunjut )
3 cwn air rebusan ayam
1/2 labu bawang besar ( hiris nipis )
Garam, gula, lada sulah & ajinamoto secukup rasa.
Hiasan: Daun bawang & bawang goreng

CARA:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masuk bawang besar. Kacau seketika hingga layu. Masuk sos tiram, kicap pekat, kicap cair & air rebusan ayam.
  2. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut. Masukkan garam, gula & ajinamoto secukup rasa.
  3. Kacau seketika. Masuk sawi dan hirisan ayam. Masak hingga mee lembut dan sawi layu.
  4. Angkat & hidang segera. Hias dengan daun bawang & bawang goreng.
- Selamat mencuba -

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini la mee kolok

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Mudah ja kan. Boleh la buat sendiri..hehe..

Okeylah, sampai sini saja. Jumpa lagi.

Sekian, wasalam.




Tempahan kek birthday: Russian Black & White Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni mau kongsikan tempahan kek birthday. Kali ni customer pilih Kek Russian Black & White. Kek ni merupakan kek yang popular juga. Apa yang buat kek ni sangat menarik adalah kemewahan rasa coklat ganache dan cream cheese. Memang rasa kek ni sangat memukau. Wow!!!

Layan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
BERAT: 1.2KG++
HARGA: RM75


Tq Ms, Suhaini kerana menempah dengan SRC. 

Pada yang berminat, sila whatsApp/sms -> 0128244251 ~ bbwana.
Delivery area: kota kinabalu, beaufort, Sipitang. Tq