Syukur alhamdulillah kerana kita bersua lagi pada pagi selasa ni yang sangat cerah ni..thanx pada kawan-kawan alam maya yang sudi meninggalkan komen di setiap entri yang dipaparkan..semakin seronok rasanya bila ada yang komen..terima kasih ya semuanya..
Baiklah, entri pada pagi ni adalah kek perkahwinan yang telah ditempah oleh sorang teman yang memang rajin tempah kek dengan kami iaitu Suzilawati @ Suzie..kali ni dia tempah kek kahwinnya pula yang telah berlangsung pada 27 April 2013 yang lalu di kediamannya di Kuala Penyu..Suzie inginkan Buttercream Cake yang mana keknya berperisa coklat seberat 2kg bertemakan warna biru..so, kami buatkan Stacked Buttercream Cake seperti yang dia inginkan..kami harap Suzie berpuas hati dengan kek ini dan menepati citarasa beliau..mohon maaf jika ada sebarang kekurangan ya..
Kami di Sweet red cherry ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin iaitu Suzie & Mok, semoga kalian berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat dan tabah menjalani kehidupan yang baru dalam rumahtangga..amin..
BUTTERCREAM CAKE |
STACKED BUTTERCREAM CAKE
KEK: KEK SPAN COKLAT
FILLING & TOPPING : BUTTERCREAM
HIASAN: PATUNG
BERAT: 2KG++
HARGA: RM 84
Yang ni tengah menyiapkan kek saat-saat akhir..
Inilah adalah sekitar majlis malam berbedak/berinai mengikut adat orang Brunei di Kuala penyu kerana Suzie beketurunan brunei..pada awal bulan Mei yang lalu sekali lagi pasangan pengantin bersanding di kediaman pengantin lelaki pula di Kudat mengikut adat orang bajau kerana suami Suzie berketurunan bajau..ni la namanya penyatuan dua bangsa dan adat yang berbeza serta boleh merapatkan hubungan kekeluargaan yang berlainan keturunan..di Sabah ni memang banyak yang kahwin campur..
Minta maaf banyak2 pada pasangan pengantin kerana tidak dapat hadir pada majlis persandingan kalian pada 27 April tu kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan..kami hanya hadir pada malam berbedak dan delivery kek pada 26 April..sempat sesat lagi tau cari alamat rumah pengantin..huhu..
Okey la ya..thanx pada semua yang telah sudi membaca entri ni hingga ke akhirnya..anda boleh meninggalkan sebarang komen kerana kami amat menghargainya..jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan tentang produk kami, sila email atau terus telefon/sms ke talian kami yang tertera di atas ni ya..tq.
cantek tema kaler pengantin tu....
ReplyDeletehai rahel..
Deletethanx..color tu request by customer..