KEK MOCHA SERPIHAN COKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Bestnya hari ni dapat berehat sepenuhnya..tiada apa-apa kerja yang perlu disiapkan..so, memang dapat bersantai-santai depan tv..hari ni masih lagi public holiday di sini start kemarin iaitu cuti sempena Pesta kaamatan yang disambut pada setiap 30 & 31 Mei setiap tahun yang disambut oleh kaum kadazan dusun di Sabah ni..so, bagi yang merayakan sambutan ni..aku ucapkan 'KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN'..lagipun esok pun PH untuk harijadi yang di Pertuan Agong kan..memang panjang cuti orang bekerja kan..hari ni kebanyakkan orang melangsungkan pernikahan..maklumlah, ramai yang ambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujang time cuti sekolah ni..sebab time ni banyak saudara mara dapat berkumpul..

Okey la, berbalik kepada tajuk entri yang aku post pada petang ni iaitu Kek mocha serpihan coklat yang sangat sedap aku buat..dengan gabungan rasa coklat dan nescafe dalam kek ni menjadikan ianya bertambah sedap apaalagi dengan taburan coklat cip di atas dan aku bubuh dalam kek juga..resepi aku salin dari satu majalah..nda ingat sudah majalah apa..lupa pula tulis hari tu..hihi..maaf ya.. tekstur kek pun agak lembut jugak..

KEK MOCHA SERPIHAN COKLAT, HARGA RM 20 ( 1 BAR )


Di bawah ni aku sertakan resepi sekali bagi yang mau mencuba kek ni..mari kita semak..

RESEPI: KEK MOCHA SERPIHAN COKLAT
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
150 g mentega
120 g gula kastor
3 biiji telur
120 g tepung berserbuk penaik
3 sk esen vanila
30 g serbuk koko
150 g coklat cip
1 1/2 sk kopi segera ( aku guna nescafe )
1 1/2 sk baking powder

CARA MEMBUATNYA:
  1. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan putar. Kemudian masukkan esen vanila. Putar.
  3. Masukkan tepung, baking powder, serbuk koko & kopi segera. Pukul sebati.
  4. Campurkan coklat cip.
  5. Tuang dalam loyang yang disapu mentega dan tabur sedikit tepung.
  6. Tabur coklat cip atas kek.
  7. Bakar 175 degree, 30-35 minit.
-Selamat Mencuba-
Ada yang teringin mau mencuba kek ni tapi malas mau membuatnya, haa hubungi ja la kami untuk menempah ya..terus la telefon/sms ke talian telefon kami atau hantar email anda untuk pertanyaan..terima kasih..okey kawan-kawan dan pengunjung semua..aku mau undur diri dulu..jumpa lagi..babai..

8 comments:

  1. nak cuba lah nnt..best gak gabungan mocha ngn coklat ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx kerana berkunjung ke sini..okey..kena try tau dan hasilnya nanti jangan lupa share..hihi..

      Delete
    2. nampak macam moist je kek ni ... lebih2 lagi ada mocha

      Delete
    3. betul tu wani..kek ni moist dan sedap dengan rasa mocha..

      Delete
  2. nampak menarik sekali resepi nih... harus dicoba.. mesti sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hana..

      ya..harus try resepi kek ni ya..tq kerana ziarah sini..

      Delete
  3. mesti sedap ni..time bako tu mesti mwangi 1 umhkan dgn bauan mocha tu..aduhaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul QH..aroma mocha tu memenuhi setiap ruang rumah..wangi time bake..rasanya pun sedap.

      Delete