REZEKI KATERING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah rezeki kebelakangan ni mencurah-curah..banyak menerima tempahan katering serta order kuih-muih yang lainnya..Bersyukur sangat atas rezekiNYA yang diberikan kepada kami serta teman-teman  yang telah mendoakan bisnes kami maju..tq..

Terima kasih pada sokongan teman-teman yang rajin menjenguk blog SRC dan komen serta teman follower yang baru..terharu dengan sokongan korang..apapun, minta maaf la ya sekarang ni jarang update blog..bukannya malas tapi masa yang sangat terhad untuk berbuat demikian..memang sangat-sangat sibuk menyiapkan tempahan terutama katering..

Baiklah, pada petang yang indah ni aku mau siarkan entri tentang katering pada minggu lepas iaitu bermula 16,17 & 18hb Mei yang lalu selama 3 hari berturut-turut di dewan Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Sipitang. Kami perlu memberi makan kepada 50 lebih orang peserta yang mengikuti kursus Asas Kontraktor termasuk pengurus kursus dan juga fasilitator dalam kursus tersebut..Kami perlu menyediakan juadah minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang. 

So, memang banyak la yang perlu buat..kerja aku lebih tertumpu kepada kuih-muih, kek dan puding..yang lainnya seperti menu yang berat macam nasi, sayur dan lauknya mama yang handle bersama makcik2 yang lain..(adik-beradik mama)..my dad pula bertindak sebagai yang angkat barang2, setting meja makan di dewan dan juga sebagai driver..memang tidak dinafikan memang kami semua kepenatan tapi bersyukur sangat dengan rezeki ni serta kami gembira kerana mereka sangat berpuas hati dengan perkhimatan katering kami dan jika ada sebarang 'event', mereka mau menggunakan khimat kami lagi..alhamdulillah..

Yang aku siarkan ni adalah gambar-gambar kuih yang aku buat..yang lain seperti nasi, sayur dan lauk selama 3 hari tu aku tiada ambik gambar..maaf ya..

POPIA KENTANG

KEK COKLAT URAI

APAM ISABELLA

KARIPAP

KUIH BAKAR PANDAN

APAM GULA HANGUS

ONDE-ONDE @ BUAH MELAKA

KEK COKLAT MUDAH


PUDING PELANGI

APAM DOT COM
SARI AYU
Haa..nilah antara  yang telah aku buat..baiklah, sampai sini saja dulu entri aku pada petang ni..thanx kerana membaca..jumpa lagi di lain entri..babai..

8 comments:

  1. Salam..Emmm,sedapnya kuih muih yg ditempah & kemas jer.Semoga biz makin maju ya..Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak..

      thanx singgah jenguk blog sya n doanya..

      Delete
  2. alhamdulillah murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah zila..syukur dengan rezeki yang diberikan..alhamdulillah..

      Delete
  3. Semua kuih hasil air tangan Bbwana nampak sedap2 belaka... memang suka sangat popia, kek pisang coklat urai tu... kalau saya yang order, saya sangat puas hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak amie..satu penghargaan buat saya..

      Delete
  4. swah sangat menarik kuih-muih ni :) salam kenal ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih ya suda datang sini dan tinggalkan komen..

      Delete