Tempahan kek birthday: Snow cheese cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari tu aku menerima tempahan kek birthday dari beberapa orang 'regular customer'..Terima kasih Kak Nor & adik Ira..

Kek yang ditempah adalah Snow cheese cake..kek yang sering menjadi pilihan customer Sweetredcherry..hehe..thanx ya..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

SNOW CHEESE CAKE
BERAT:2kg
HARGA: Rm75(bergantung deko)

Order-> 📱WA:0128244251 (bbwana)
Cod Area: Sekitar kk,  putatan,  kinarut,  sipitang. 

Okey,  jumpa lagi. 

Sekian,  wasalam. 

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah hari ni dapat 'up' entri lagi..kali ni aku mau kongsi resepi mudah Spaghetti Aglio Olio..

Resepi ni ada beberapa bahan yang sepatutnya ada tapi masa tu tiada stok di rumah. So, buat berdasarkan apa yang ada saja..

So, Asha..this is for you..lepas ni boleh la buat ya..wink..wink!!

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: SPAGHETTI AGLIO OLIO MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Spaghetti secukupnya - rebus hingga lembut, toskan.
Udang/sotong - rebus udang hingga hampir masak, toskan. Simpan air rebusan.
3 ulas bawang putih - dicincang
3 sb chili flakes ( aku ganti dengan cili kering yang dihiris halus)
3 sb oregano flakes
3 sb parsley flakes
1 sk lada hitam
1 sk garam
1 kiub pati ayam

CARA:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan. Jangan sampai hangus.
- Masuk 1 senduk air rebusan udang.
- Masukkan chili flakes, serbuk oregano, parsley, lada hitam, garam dan kiub pati ayam. Gaul.
- Kemudian masukkan spaghetti dan udang. Kacau sekata.
- Siap

~ Selamat mencuba ~

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jemput makan..

Okeylah, sampai sini saja..insyaallah jumpa.di lain entri pula..

Sekian, wasalam.

Tempahan Cheese cake leleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur la dapat juga buat entri untuk hari ni. Terima kasih pada yang sudi terjah sini walau aku jarang ada entri baru. Sibuk yang amat..huhu..

Okeylah, ni adalah beberapa siri tempahan Cheese cake leleh..alhamdulillah..syukur atas rezekiNya. Tq pada yang menempah.

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CHEESE CAKE LELEH
PERISA KEK: VANILA/COKLAT
BERAT: 1KG++
HARGA: RM55

-> Kek yang mewah dengan lelehan krim cheese yang pekat dan ditaburi dengan cheddar cheese yang menimbun!!! Kalau rasa pasti nak lagi..^_^

Order -> whatsApp: 0128244251 (bbwana)
COD area: Sekitar kk, putatan, papar, sipitang.

Sekian, wasalam.




RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua...

Hari ni aku mau kongsi resepi masakan yang senang. Maklumlah pada orang yang sibuk sentiasa tu masakan yang mudah tapi sedap jadi pilihan untuk disediakan macam aku..hehe..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Memandangkan stok sotong aku banyak dalam peti sejuk maka aku cadang masak Sotong goreng kunyit. Bahan dan cara masak pun sangat simple..

Jom semak resepi..

RESEPI: SOTONG GORENG KUNYIT MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
3 ekor sotong saiz besar
3/4 camca besar serbuk kunyit
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris bulat
5 biji cili padi - hiris
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya

CARA:
- Sotong dibersihkan dan dipotong bulat. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam. Perap seketika.
- Tumis bawang putih dan cili padi sehingga wangi. Kemudian masukkan sotong yang diperap tadi serta bawang besar.
- Akhir sekali tambah garam dan serbuk perasa. Gaul dan matikan api.
- Sedia dihidangkan.

- Selamat mencuba -

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jemput makan..^_^

Okeylah semoga perkongsian bermanfaat buat semua..jumpa lagi..dadaaa!!!

Sekian, wasalam.


TEMPAHAN KEK.BUDGET/KONTENA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak update blog..maaf pada semua pengunjung blog dan kawan-kawan..sibuk sentiasa..huhu..maaf ya. Okey, kali ni aku kongsikan edisi tempahan kek budget/kontena..

Syukur alhamdulillah..terima kasih pada semua yang menempah..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK BUDGET/KONTENA
RM5 (KONTENA)
-> KEK COKLAT MOIST
-> CHEESE CAKE LELEH
Min order: 5 kontena

Pada yang berminat, hubungi 0128244251 (whatsApp) ~ bbwana
Area delivery: area kk, papar, Sipitang

Okey jumpa lagi..

Sekian, terima kasih.

ORDER KEK BIRTHDAY: KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum mixer rosak hari tu, aku dapat tempahan dari jiran, Kak Nor untuk ulangtahunnya..ni order buat yang kesekian kalinya..alhamdulillah..terima kasih kak..

Kak Nor order Kek coklat moist..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT MOIST
HARGA BERMULA RM45( BERGANTUNG PADA DEKO)
BERAT: 1KG++

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom order!!! Hanya whatsApp ke 0128244251 (bbwana).
Area penghantaran: kk, papar, sipitang.
Tq

Sekian, wasalam.




Mixer baru dari LAZADA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..lepas aku dapat cheque dari nuffnang tempohari aku beli online 'stand mixer' di Lazada. Kebetulan mixer di rumah rosak pula..huhu..macam tau-tau ja..

Nasib la ada teman pengganti baru..so, ada juga kenangan dengan duit nuffnang..syukur..

Order dengan Lazada ambik masa 7 hari baru sampai..mungkin jauh kan di sabah..😁

Belum lagi rasmi mixer baru ni.. lepas ni kami akan jadi sahabat💜❕

Sekian,  wasalam.

Fenomena suhu sejuk di Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku bukan mau kongsi resepi atau siar entri tempahan tapi aku ingin berkongsi info tentang fenomena suhu sejuk yang melanda Sabah sekarang ni..

Siapa yang duduk Sabah pasti merasai kesejukkan yang luar biasa ni terutama di beberapa daerah yang mencatat suhu 15˚C - 21˚C di antara jam 5 pagi-7 pagi.

Suhu sejuk ni di jangka sehingga bulan mac. Jabatan meteorologi Sabah memaklumkan Ranau mencatat suhu terendah iaitu 15˚C, Keningau 16˚C, Kudat 20˚C dan Kota Kinabalu 21˚C pada hari ini ( 08 Feb 2017 ).

Antara punca utama penurunan suhu ni adalah sebab tiupan angin bertekanan tinggi yang datang dari Siberia merentasi rantau Asia Tenggara termasuk Sabah.

So, tidur malam tu memang nyenyak la kan sambil pakai selimut tebal. Masa mandi pagi tu memang tak tahan..gigil habis!! Bergetar semua gigi..nasib tak jatuh..hehehe..

Okeylah sampai sini saja..

Sekian, wasalam.

Sumber info: www.suarasabah.com

CASHOUT NUFFNANG YANG PERTAMA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah setelah berblog bertahun lamanya ini kali pertama aku 'cashout' pendapatan Nuffnang..Rasanya lebih setahun jadi blogger baru aku pasang iklan nuffnang..


Walaupun pendapatan tidaklah banyak mana tapi aku masih bersyukur..insyaallah duit tu aku guna untuk beli benda penting di dapur 'baking' aku..nanti aku kongsi dengan korang..

Apapun, terima kasih nuffnang..

Sekian, wasalam.

RESEPI KERABU KAKI AYAM MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku ingin komgsikan resepi mudah iaitu Kerabu Kaki Ayam..siapa suka makan??? Okey, kita geng!! Hehe..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sedap makan macam tu saja kerabu kaki ayam ni..betul..^_^

Jom semak resepinya..

RESEPI KERABU KAKI AYAM MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
12 ketul kaki ayam - bersihkan, potong & rebus
1 labu bawang besar - hiris halus
10 biji cili api - hiris bulat nipis
2 biji tomato - hiris
2 batang serai - hiris nipis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
3 sudu makan sos ikan
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - hiris
Bunga kantan secukupnya, garam & gula

-> Gaul semua bahan dalam mangkuk dan sedia dihidangkan.

~ Selamat mencuba ~

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jumpa lagi..

Sekian, Wasalam.

Snow cheese cake nutella

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cuti tahun baru cina yang lalu berkumpul ramai-ramai bersama keluarga dan memang sudah rancang mau buat kek birthday untuk my dad dan anak-anak buah yang sambut birthday bulan januari..

Alang-alang sudah membaking, aku buat Snow cheese cake nutella..special sebab ada nutella..hehe..so, memang semua pun enjoy makan cheese cake..maklum saja seluruh keluarga pencinta cheese..^_^

Layan ja..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ni buat untuk birthday my dad minggu lepas..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ni pula aku buat untuk anak buah, ijam & adib..

SNOW CHEESE CAKE NUTELLA
RM60 ~ 1KG

ORDER JOM!!!

WhatsApp: 0128244251 ( bbwana )
Area: Sekitar kk,papar, sipitang
  -> Ada delivery service

Sekian, wasalam.

Wordless wednesday: Ketam vs Kerang Rebus

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless wednesday..


En. Ketam vs Ms. Kerang..


Dua- dua pun memang 'favorite' aku..makan sampai tak henggat!!! Hehe..

P/s: kesibukkan tahap maksima..

Sekian, wasalam.





RESEPI SALAD MAKARONI SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri pertama di tahun baru..alhamdulillah.

Musim cuti sekolah baru-baru ni aku jalankan misi tunaikan salah satu permintaan anak buah aku, putri yang sudah lama 'request' salad makaroni ni..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Lama betul sudah teringin..kesian pula asyik janji ja kan. Lepas siap semua tempahan biskut hari tu aku terus buat. Ops, bukan aku yang buat, putri yang buat dengan 'direction' dari aku. Hee, aku nak turunkan ilmu dengan dia sikit-sikit. Sebab putri ni tunjuk minat nak jadi 'baker' macam aku..alhamdulillah boleh tolong aku kemudian hari.


Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom tengok resepi mudah ni..

Salad Makaroni Mudah
Oleh: sweet red cherry

Bahan:
1 peket sederhana makaroni
Buah epal merah/hijau ~ potong dadu
Fruit cocktail ~ ambil buah
Susu pekat secukupnya
2 sudu besar mayonis ~ boleh tambah
Sedikit susu cair ~ jika suka

CARA: 
- Rebus makaroni hingga lembut. ( Bubuh sedikit garam dan minyak semasa merebus ).
- Toskan makaroni dan masukkan dalam mangkuk/bekas.
- Masukkan buah epal, fruit cocktail, susu pekat, susu cair dan mayonis. Gaul sebati.
- Sejukkan mayonis dalam peti sejuk seketika.
- Sedia untuk dimakan.

~ Selamat mencuba ~

Mudah saja kan..boleh la buat sendiri di rumah..

Okeylah sampai sini saja dulu. Insyaallah jumpa lagu di lain entri.

Sekian, wasalam.