KEK LAPIS VELVET PELANGI

Hai..assalamualaikum dan selamat malam semuanya..

Sekali lagi kita bersua untuk hari ni..sebelum tu mau ucapkan terima kasih kepada yang telah sudi menjadi follower baru..dan kesudian anda semua menjenguk ke sini dan meninggalkan komen sangat la kami hargai..makasih banyak-banyak ya..moga persahabatan kita di alam maya ni akan mengeratkan lagi hubungan sesama kita..

Baiklah, untuk malam ni pula aku mau kongsikan satu entri tentang kek yang aku sudah buat hari tu untuk jualan..keknya adalah Kek Lapis Velvet Pelangi..sebenarnya ada kesilapan teknikal ketika buat kek ni..patutnya niat di hati tu mau buat kek lapis velvet hawflakes..tapi, nda tau la apa yang aku pikir time tu sampai terlupa susun hawflakes di setiap lapisan..sedar bila suda buat 4 lapisan..aii, nasi sudah jadi bubur so teruskan la buat tanpa bubuh hawflakes..huhu..bila suda jadi begini kejadiannya, aku taruh la nama kek ni seperti tajuk di atas memandangkan color warna-warni..apapun, kek ni memang sedap dan gebu..tekstur pun lembut..

KEK LAPIS VELVET PELANGI, RM 35 ( SEBIJI )

KEK LAPIS VELVET PELANGI
Di sini aku ingin kongsikan resepi kek ni dengan semua pengunjung SRC..jom kita lihat resepinya..

RESEPI: KEK LAPIS VELVET PELANGI
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
5 biji telur ( dari peti sejuk )
225 g gula halus
220 g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sb ovallete
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak masak
1 sk esen vanila
pewarna

CARA MEMBUATNYA:
  1. Campur semua bahan kecuali pewarna dan minyak.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masuk minyak dan gaul guna senduk kayu. Sebatikan.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan bubuh pewarna digemari.
  4. Ratakan adunan pertama dan kukus selama 5-7 minit.
  5. Buat hingga habis. Untuk lapisan akhir kukus selama 20 minit.
- Selamat Mencuba-

Okey la ya..tu saja entri yang aku kongsikan untuk malam ni..kita jumpa lagi di lain entri pula..untuk yang berminat untuk menempah atau ingin tahu tentang produk kami dengan lebih lanjut, jangan malu-malu untuk hubung kami menerusi email atau terus telefon ke talian kami yang tertera..tq..

4 comments:

  1. salam kenal..sy tak pandai baking tp mmg teruja & suka bila tgk org pandai baking..hehe..masih mencari ilmu & kekuatan tuk mencuba sendiri nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai salam kenal juga..takpe..pelan2 blajar tu..sya pun mula2 sama juga mcm awak..

      Delete