Showing posts with label Stack cake. Show all posts
Showing posts with label Stack cake. Show all posts

DIY: Cara buat kotak kek bertingkat ( Stack cake )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam jumaat semuanya..

Alhamdulillah bersua lagi pada hari jumaat yang mulia ni. Okeylah, pagi ni aku ingin tunjukkan dengan pengunjung blog Sweet red cherry bagaimana cara buat sendiri kotak kek bertingkat..sangat sesuai untuk 'stack cake' macam yang aku buat sebelum ni. Caranya mudah saja..sila baca entri hingga habis ya..

Antara bahan yang perlu:
2 kotak kek ( saiz kotak bergantung kepada saiz kek yang korang buat)
Gunting
Solatape

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Cara:

  1. Dapatkan 2 kotak kek yang ingin digunakan untuk menyimpan kek nanti. 
  2. Gunting kotak yang pertama. Hanya gunting bahagian tutupnya sahaja. ( sila rujuk gambar ).
  3. Asingkan kotak pertama yang telah digunting tadi.
  4. Gunting kotak yang kedua pula. Perlu diingat, hanya gunting bahagian tepi kotak sahaja.
  5. Hasil lepas gunting, bahagian bawah sekali tu tidak perlu guna. ( sila rujuk gambar ). Bahagian tepi kotak yang digunting jangan dibuang kerana bahagian itulah yang akan digunakan dan dilekatkan pada kotak kek yang pertama.
  6. Masukkan kek dalam kotak kemudian lekatkan bahagian tepi kotak yang digunting tadi menggunakan solatape.
* Nota: perlu masukkan 'stack cake' yang telah siap ke dalam kotak yang pertama. Untuk memudahkan masukkan kek dalam kotak. Jika masukkan kek kemudian, dikhuatiri kek akan rosak.

Jom tengok hasil kotak yang telah siap.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tadaaa!!! Nampak tak jadinya macamana..hikhik..

Apapun, kredit diberikan kepada Badariah Delights kerana memberi inspirasi kepada aku bagaimana cara buat kotak kek bertingkat ni. Mudah ja kan..semoga memberi manfaat kepada kalian pula..mana tau kot-kot nak buat sendiri juga dan yang penting jimat!! hee..^_^

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh whatsApp ke 012-8244251 ( bbwana ). Tq

Cara buat 'stack cake'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam ceria semuanya..okey lah, hari ni aku mau tunjukkan bagaimana cara buat 'stack cake' macam yang aku buat baru-baru ni ( 2 stack cake: frozen theme )..kredit diberikan pada bzee cake kerana tunjukkan step by stepnya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Caranya:

1.First sekali perlu buat kek yang berlainan saiz..untuk kek paling bawah saiznya perlu lebih besar dari di atas..contohnya saiz kek 10 inci di bawah dan di atas pula 7inci..

2.Letak kek yang paling besar di bawah sekali, kemudian cucukkan straw besar ke dalam kek. Cucuk di bahagian tengah hingga masuk ke dalam.( sukat saiz straw terlebih dahulu, potong straw mengikut ketinggian kek, straw tenggelam sedikit lagi bagus). Tujuan masukkan straw tersebut adalah untuk menyokong berat kek yang di atas. ( sila rujuk gambar ) Memandangkan aku, buat kek span, straw besar sudah cukup untuk menyokong berat kek. Tapi jika anda buat kek yang berat, harus guna 'chopstick' supaya lebih kukuh. Jangan guna straw pula, karang ada kek yang runtuh..

3. Letakkan kek yang kedua di atas kek. Untuk lebih cantik saiz tapak kek yang ke-2 tu biarlah 'ngam-ngam' atau lebih kecil dari saiz kek. Aku pula guna saiz yang besar sikit sebab aku tiada stok tapak kek yang lebih kecil masa tu..huhu..

4. Untuk menutup tapak kek yang kelihatan tu, aku tutup dengan deko. Deko mengikut kreativiti masing-masing..

Hasilnya tadaaa..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah, customer sangat berpuas hati dengan hasil dan rasa kek yang aku buat..rasa berbaloi penat lelah buat kek ni bila dapat 'feedback' yang 
baik dari pelanggan..apapun, aku akan terus belajar untuk memperbaiki hasil baking dan deko aku..

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh whatsApp aku di 012-8244251 ( bbwana) atau email: siti.salwana@yahoo.com.

Sekian, wasalam.

ORDER BIRTHDAY 2 STACK CAKE: FROZEN THEME

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semuanya..

Hari ni aku mau siarkan entri kek birthday yang ditempah pada minggu lepas oleh Pn. Jue sempena ulangtahun anak kesayangannya Einn Uzma Dharwisha yang ke-4 tahun..selepas berbincang akhirnya Pn Jue memutuskan untuk menempah kek 2 tingkat yang bertemakan frozen..color pink dan biru. Keknya pula adalah kek coklat blueberi fresh cream..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

2 STACK CAKE: FROZEN THEME
JENIS KEK: KEK SPAN COKLAT
FILLING: BLUEBERI FILLING
LAYER & DEKO: FRESH CREAM
HIASAN: EDIBLE IMAGE
HARGA: RM 100++ ( harga bergantung dengan deko )

Agak mencabar juga buat kek ni sebenarnya..rasa terketar-ketar tangan mendeko sebab menggunakan fresh cream untuk keseluruhan kek..untuk pengetahuan, fresh cream ni agak sensitif dan akan cepat cair jadi kalau lambat deko..lama juga aku pikir macamana deko yang sesuai dan setelah menggoogle, akhirnya aku dapat idea dan hasilnya seperti dalam gambar..alhamdulillah aku dapat buat dan menyiapkan kek ini dengan jayanya..Fuh, memang tersangat lah leganya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Yang paling aku happy tu bila dapat 'feedback' dari Pn. Jue yang menyatakan puas hati dengan kek dan  mengatakan ianya sedap..alhamdulillah, rasa terharu dan gembira bila customer suka dengan hasil kerja kita ni kan..buat aku tambah semangat tau..dari jauh tau Pn. Jue ni..beliau tinggal di Kuala Lawas..

Apapun, terima kasih banyak ya pn.jue kerana menempah dan mempercayai kami..dan terima kasih atas kesudian untuk berkongsi gambar birthday tersebut..tq tq tq..heheh..^_^


Comel kan birthday girl tu..dengan penampilan ala-ala Princess Anna..so, cute!!!! Mesti suka dan teruja Einn pada hari lahirnya..


" Happy birthday to Einn Uzma Dharwisha, moga menjadi anak yang pintar dan solehah, amin "

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tengok la kotak yang aku modified..hihik..menjadi kan..kredit diberikan kepada blog Badariah Delight..insyaallah aku akan kongsikan cara buat kotak kek bertingkat ni ya dan cara buat 'stack cake'..tungguuuuu!!!! ^_^
 
Okey la, sampai sini saja entri aku pada hari ni..lepas ni aku kena buat kek birthday untuk anak buah aku Waie untuk dibawa ke sekolah tadika esok sempena sambutan ulangtahun pelajar yang lahir dari bulan jan-september..babai..

Berminat untuk menempah? sila hubungi talian tertera, 012-8244251 ( bbwana ). call/whatsapp/sms. Tq