YAM CREAM CAKE

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, selamat petang semuanya..niat mau tidur tadi lepas siap buat semua kerja sebab badan rasa kurang sihat tapi nda la pula dapat tidur walhal mata ni mengantuk..kurang selesa sebab hidung ni tersumbat la pula..susah mau bernafas..pusing kiri pusing kanan..last-last baring-baring ja la walaupun mata terasa berat..

Baiklah, seperti yang aku telah janjikan hari tu..petang ni aku kongsikan resepi Yam Cream Cake..yang mana kek ni telah diorder oleh kakak sepupu, Kak Adi untuk ulangtahun ayahandanya yang tercinta iaitu Hj.Mali Hj.Mumin pada 12 Mei yang lalu..sebenarnya lama aku mencari resepi Yam Kek@ Kek Keladi ni..bukan apa teringin makan kek perisa yam macam dulu-dulu ketika remaja suka sangat makan kek ni..tapi, di sini agak susah untuk mendapatkan kek ni..so, aku pun google la di internet dan akhirnya aku jumpa juga resepi kek yang marvellous ni di blog Evelyn Gemina..apapun, thanx for sharing this recipe..i love it! Kalau ikutkan aku mau buat kek ni masa birthday aku bulan April yang lalu tapi banyak suara yang request Tiramisu kek so aku cancel buat yam kek time tu tapi akhirnya terlaksana juga aku untuk buat kek ni untuk pakcik..

Untuk corak kek tu aku sebenarnya bingung sikit pikir macamana mau deko kek dan akhirnya aku memutuskan untuk try buat corak petal walaupun kurang kemas sikit tapi mama cakap cantik dari biasanya..harap-harap mama betul-betul puji la..hihi..

YAM CREAM CAKE
 YAM CREAM CAKE
BERAT: 1 KG
HARGA: RM 42
FILLING: YAM PUREE & FRESH CREAM
TOPPING: FRESH CREAM

Untuk kek ni aku bakar adunan kek selapis-selapis..aku bakar sebanyak 3 lapis..memandangkan loyang hanya satu dan oven yang tidak mengizinkan aku membakar sekaligus maka aku bakar satu2 la..maksudnya kena tunggu adunan masak baru bakar lagi hingga la selesai 3 lapis tu..yang ni aku baru siap bubuh filling di setiap lapisan..

Yang ni baru siap sapu topping di seluruh kek tapi belum kemaskan lagi..untuk topping tu aku ada bubuh sedikit yam paste untuk rasa yam yang lebih..

Jom kita semak pula resepi kek ni di bawah..pada Evelyn, mohon dipanjangkan resepinya di sini pula ya..tq.

RESEPI: YAM CREAM CAKE
SUMBER: mybakingworkshop.blogspot.com
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN2 SPONGE CAKE:
A:
4 biji kuning telur
16 g gula kastor
1/2 sk esen vanila
B:
4 biji putih telur
100 g gula kastor
C:
100 g tepung gandum
D:
50 g corn oil
CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul bahan A hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
  2. Pukul pula bahan B hingga kembang dan bertanduk.
  3. Satukan bahan A yang dipukul tadi dengan bahan B hingga sebati.
  4. Masukkan bahan C, gaul sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan bahan D dan gaul hingga sebati.
  6. Tuang adunan kek ke dalam loyang 20cm yang telah digriskan dan alaskan dengan baking paper.
  7. Bakar pada suhu 160 degree selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.
FILLING:
160 g yam ( rebus dan lecek )-aku guna 200g yam puree yang sedia untuk digunakan.Boleh didapati di kedai menjual bahan kek.
30 g gula icing
160 g fresh cream - aku guna 200 g fresh cream
1 sk pewarna makanan ungu
TOPPING & DECORATION:
160 g fresh cream
1sk pewarna makanan ungu
sedikit yam paste-optional

CARA MEMBUAT FILLING & HIAS KEK:
  1. Satukan bahan2 filling dan pukul kembang dan sebati.
  2. Ambil sponge cake, potong kepada 3 lapisan. ( Kalau bakar satu persatu, x perlu la potong )
  3. Letakkan lapisan pertama, sapukan 1/2 adunan filling. Letakkan pula lapisan kedua dan sapu baki filling tadi. Tutup dengan lapisan kek yang terakhir. Simpan dalam petisejuk sementara membuat topping.
  4. Pukul bahan untuk topping hingga pekat dan bertanduk.
  5. Keluarkan kek, sapukan kemas di atas dan sekeliling kek dengan topping yang dipukul tadi. Hias ikut kreativiti.
  6. Sejukkan 30 minit sebelum dihidang.
-Selamat Mencuba-

Okey ya semuanya..sampai sini saja dulu ya..kita jumpa lagi..

Jika ada yang berminat untuk menempah atau ingin bertanya, sila email atau telefon/sms ke talian kami yang tertera di atas tu ya..terima kasih.

10 comments:

  1. akk suka makanan berperisa keladi,enak dan harum...

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum..

    Oooo..corak gitu dipanggil corak petai ker? hehehe..baru tau hari ni namanya corak petai..
    Ermm...suka gak rasa yam.. mesti sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam nadz..

      thanx kerana menziarahi rmh sya ni..thanx ya..corak petal tu pun baru blajar so kurang kemas lagi..yam kek ni memang sangat sedap nadz..

      Delete
  3. salam bbwana..sy selalu mkn eskrem perisa yam je..dah buat kek camni mesti lagi sedap kan..bestnya tengok!

    ReplyDelete
  4. hai..makan aisrim yam memang sedap dan kek yam pula lagi la sedap..mesti try..

    ReplyDelete
  5. Hai..kek yg sgt sedap.. kek yam.
    Teringin nak bake sendiri....
    Pa saiz loyang sis guna ya?

    ReplyDelete
  6. Hai..kek yg sgt sedap.. kek yam.
    Teringin nak bake sendiri....
    Pa saiz loyang sis guna ya?

    ReplyDelete
  7. Wow sedap ni tq kongsi resepi

    ReplyDelete