RESEPI PUDING ROTI TANPA TELUR MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsi resepi Puding Roti Tanpa Telur. Ada yang tak sabar nak tau resepinya. Pada teman-teman ini untuk kalian. Nah, seperti yang dijanjikan aku kongsikan di sini..

Ini adalah projek habiskan roti yang hampir expired. Ini adalah percubaan kedua dan alhamdulillah ianya menjadi tidak sepeti pertama kali membuatnya. Ianya sangat mudah disediakan..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Resepi aku intai di dapur Julia Homemade. Mohon izin dipanjangkan resepinya di sini. Jom semak..

RESEPI: PUDING ROTI TANPA TELUR

BAHAN: 
2 cwn susu segar/susu cair
2 sb gula pasir
1 sb butter
50g kismis
1 sk esen vanila
1 sb tepung kastad
1 peket roti gardenia ukuran sederhana - potong kiub

CARA:
- Sediakan bekas tahan panas/ loyang yang disapu nipis marjerin. Ketepikan.
- Dalam periuk, masukkan susu segar, butter, gula pasir dan tepung kastad. Kacau sebati.
- Masak hingga gula larut dan kastad mendidih. Masuk esen vanila. Kacau sebati. Matikan api.
- Tuang atas roti dan biar hingga roti kembang.
- Tekan sikit roti supaya roti meresap susu.
- Masuk dalam bekas/loyang. Tabur kismis.
- Bakar 30-35 minit ikut kepanasan oven masing-masing. Masak hingga puding keperangan.

* Aku buat 1/2 adunan sahaja dan guna loyang yang kecil.

~ Selamat mencuba ~

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sebelum masuk oven

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Harap perkongsian ni bermanfaat buat semua..buat sarapan mudah dari rumah.

Sekian, wasalam.

5 comments:

  1. Sy suka ni yg tnpa tlur nda baw lansi

    ReplyDelete
  2. Bestnya..
    Makan panas2 dan musim ujan2 nie..
    Sedapnya..
    Tapi AM xda oven lagi la..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini dik wana....sedapnya....

    ReplyDelete
  4. Memang sedap ni Wana.
    Tu yg dlm bekas bawah tu utk kakak ke? Hihi...

    ReplyDelete
  5. Nak siket ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete