RESEPI YAM SPONGE CAKE aka KEK KELADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terkejut tengok entri-entri aku di 'boom' oleh HSB..heheh, apapun, tq ya dik. Masa approved komen tadi, aku ada baca request dari seorang teman blogger iaitu Hikayat seorang budak yang nak minta resepi Kek Yam yang sangat meletup permintaannya oleh pelanggan SRC..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini sebahagian kek yam yang telah diorder..terima kasih semua!!

Demi tidak menghampakan rakan, di sini sekali lagi aku kongsikan resepinya..HSB, ini untuk awak ya..: D so, buat yang teringin nak makan yam cake ni..boleh la cuba resepi ni..

Jom semak resepi

RESEPI: YAM SPONGE CAKE
SUMBER: MAY @ STORY OF MY LIFE
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN SPONGE CAKE:
150 g tepung halus superfine ( aku hanya guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder, ayak 3x )
150 g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sb ovallete
80 ml air masak
80 ml minyak
2 sk yam paste
sedikit pewarna ungu- optional
CARA MEMBUATNYA:
  1. Satukan gula, ovallete, tepung, baking powder dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan menggunakan high speed.
  2. Low speed, masuk air, yam paste dan sikit pewarna ungu.
  3. Pukul dengan high speed selama beberapa minit hingga adunan ringan.
  4. Tuang minyak dalam adunan, gaul guna senduk hingga sebati. Kaup balik.
  5. Sediakan loyang, gris dasarnya dan lapik dengan baking paper, bakar selama 45 minit - masak.
  6. Suhu 150-180 degree.
  7. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan telengkupkan atas redai selama 5 minit. Untuk elakkan kek mendap.
  8. Terbalikkan semula dan biar sejuk sebelum letak filling @ deko.
  9. Potong kek kepada 2 bahagian dan letak fresh cream. Hias ikit kreativiti.
UNTUK FILLING & DEKO:
  • Fresh cream dan yam paste secukupnya
- Pukul fresh cream @ non diary whip cream yang dicampur dengan yam paste hingga bertanduk dan sedia untuk digunakan.



-Selamat Mencuba-

* NOTA: Tepung superfine boleh didapati di kedai-kedai khas yang menjual bahan-bahan kek. Selain tu, boleh buat sendiri menggunakan tips ini. ( cth: 150g tepung gandum, kurangkan 2 sudu makan tepung gandum. Kemudian tambahkan 2 sudu makan tepung jagung + 1 sudu kecil baking powder - ayak 5x)

Harap HSB suka dengan entri ni..so, jom buat sendiri kek yam ni..memang yummy..rasa macam aiskrim keladi tau..serius..bagi yang suka makan pasti tau kesedapannya..hehe..

Tapi kalau yang nak makan tapi malas tu jom la order dengan SRC, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) whatsapp. Tq

Sekian, wasalam.

33 comments:

  1. Yam yang yummmmm! Akak tak mau buat sendiri, akak nak cuba kek Wana. Moga 1 hari ada rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..ala, kesian la kak farah..insyaallah ada rezeki 1 hari nanti akak ada peluang rasa air tangan wana..^_^

      Delete
  2. menarik..ida takde penimbang...ade anggran tak gune cawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok buat ida yang xde penimbang pun boleh buat juga..

      150g tepung superfine = 1 3/4 cawan
      150 g gula kastor = 1 cawan

      ok dah settle kan..selamat mencuba ida ;D

      Delete
  3. boleh cuba buat ni, terima kasih kongsi resepi.. kek yam memang sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 dila..ya bah kan..yam cake memang sedap..nanti try buat k :)

      Delete
  4. Thanks kak wana. Nak tanya ni, sponge kek tu akan sentiasa lembut ke kalau dah masuk dalam peti ais?

    Nanti nak cuba buat. Tapi nak try sponge kek vanilla yg akak kasi resipi tu dulu kot sbb yam paste x beli lagi. Hehe.

    Saya pon selalu guna cawan sbb malas nak timbang. And siap dah print screen 1cwn = 250 ml air ke apa. XD

    Kalau roti, kak wana terer buat x? Saya pernah try tapi failed. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 budak.. :) Okey sponge cake yang belum di deko/salut krim boleh simpan dalam petisejuk dengan syarat balut kek dengan plastik wrapping makanan tu untuk mengekalkan kelembutan kek. Kalau kek yang dah siap deko harus simpan dalam peti sejuk supaya krim x cair.

      okey kalau guna resepi vanila sponge cake pun x masalah..tapi, lagi sedap kalau ada rasa yam..cepat2 beli yam paste..hihi :)

      kalau roti, akak x la terrer sangat tapi takat ni boleh la buat sosej bun, cheese bun dan mexican bun..kena try lagi buat tu budak..agaknya yis yg digunakan x aktif sebab slh step.

      Delete
  5. One more, thanks kak wana bagi ilmu baru camne nak buat kek guna tepung gandum biasa. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 juga..kongsi ilmu pengetahuan yang akak tau sikit2 dengan kawan2 semua..kita belajar sama2 :D

      Delete
  6. Assalamualaikum. Yummy. Mcm sedap je. Favourite flavour tu. Tapi ovallete tu apa ? Budak baru belajar buat kek memang mcm ni. Haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..thanx nad dea..try la buat sedap tau kek ni.x pe, malu bertanya sesat jalan kan..lagi bagus bertanya.. :)

      Ovallete juga dikenali sebagai quick 75, sponge cake stabilizer. Berwarna kuning dan teksturnya pekat..ada jual di kedai runcit biasa/pasaraya/kedai bahan kek..

      Delete
  7. tunggu tak busy kaknoor pun nak cuba jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey kak noor..wana tunggu ni kak noor buat..jangan lupa share nanti ya kak ^_^

      Delete
  8. wahhh sdapnya kak.. teringin gak nak bt kek ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..nanad try buat la nanti k..kek ni sedap tau.. :)

      Delete
  9. Baiknya dia share resepi kek yam...cantik2 semua kek tu dear...maju terusss

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih rahel darlink..hehe..ya bah, share2 ilmu dengan kawan2 yang minat baking..:)

      Delete
  10. Boleh tengok jer la resepi ni. Ntah bila nak start buatnya. Semoga Wana terus maju yer

    ReplyDelete
  11. Kalo duduk dekat hari2 g umah wana mkn kek2 yg super sedap...

    ReplyDelete
  12. bagus betul share recipe. ^_^
    tq for sharing! kalau rajin nak cuba jugak la. bookmark dulu. hehe

    ReplyDelete
  13. Dah ada resepi..boleh copy la bb..tq

    ReplyDelete
  14. nampk pict kek purple tu terus teringin mkn kek yam...saat2 menunggu jari ni bila nampak semua makanan rasa nak makan semua...huhu...

    ReplyDelete
  15. yeah, ada resepi!!! :DDDD

    mekasih kak Wana :)

    ReplyDelete
  16. thank Kak wana share resepi..

    boleh cuba2 buat nanti :)

    ReplyDelete
  17. Ayu suke aiskrim keladi.. air keladi tp xmkn keladi... cume 1st jugak tgk kek keladi.. ade ea???cm best je kak wana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, pelik sikit disitu sebab suka makan aiskrim/air keladi tapi x makan keladi..heheh..kalau kat sabah ni byk kedai kek memang ada jual yam cake tau ayu.. :)

      Delete
  18. Replies
    1. Ya..fresh cream tu beli..ada di supermarket dan kedai khas jual bahan kek

      Delete
  19. Sis. Ni guna loyang berapa inci?

    ReplyDelete
  20. Sis.ni guna loyang berapa inci?

    ReplyDelete