ORDER KEK RAYA: KEK BLACK FOREST & KEK RAINBOW

Hai semuanya..

Salam sejahtera dan selamat tengahari..buat yang tengah duduk santai tu..selamat beristirehat..sama la macam aku sekarang ni..duduk depan tv sambil menghadap laptop..memang gigih ni mengupdate blog memandangkan banyak betul entri tertunda yang masih belum sempat disiarkan..

Untuk hari ni aku mau siarkan entri tempahan kek raya yang lepas iaitu Kek Black Forest dan juga Kek Rainbow..yang mana kek ditempah oleh makcik aku..memang tiap-tiap tahun beliau tempah kek raya dengan aku..thanx banyak ducapkan pada angah dan ucu aku ( makcik-adik mama )..syukur la kek ni siap juga pada masa yang ditetapkan walaupun aku sangat-sangat sibuk time tu menyiapkan pelbagai tempahan lain..

Jom kita lihat gambar kek pula..

BLACK FOREST CAKE
 KEK BLACK FOREST
FILLING: BLUEBERI
FROSTING: NON DIARY WHIP CREAM
HIASAN: MARASCHINO CHERRIES & COKLAT PARUT
BERAT : 1.5 KG
HARGA: RM 50
 
Mari kita semak resepinya pula..
 
RESEPI: KEK BLACK FOREST
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
UNTUK KEK SPAN COKLAT:
BAHAN:
4 biji telur
120 g gula kastor
1 sk ovallate
80 g tepung gandum
1 sk baking powder
20 g serbuk koko
65 g minyak
 
CARA MEMBUATNYA:
- Putar telur, gula kastor dan ovallate dengan kelajuan yang maksimum hingga adunan bewarna putih.
- Masuk tepung gandum, baking powder, serbuk koko dalam adunan telur.
- Akhir sekali, masukkan minyak dan putar perlahan.
- Tuang adunan dalam Loyang dan bakar 170 degree selama 30-40 min.
 
HIASAN:
Non diary whip cream secukupnya ( pukul hingga kental )
Filling blueberi secukupnya
Maraschino cherries
Coklat masakan ( di parut )
 
CARA HIASAN:
- Potong kek kepada 2 bahagian..
- Letakkan 1 bahagian di papan kek. Kemudian bubuh filling blueberi dan sapukan whip cream diatasnya. Boleh juga buat macam yang aku buat dalam gambar.
- Kemudian letakkan lagi 1 bahagian di atasnya dan sapukan whip cream keseluruhan kek.
- Hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
 
-Selamat Mencuba-
 



Dan di bawah ni pula adalah rainbow kek..macam biasalah proses buat rainbow kek ni agak leceh sikit dan makan banyak masa..harus punya kesabaran untuk buat kek ni bagi aku..tapi, memang berusaha untuk menghasilkan yang terbaik buat semua customer aku walaupun ianya di tempah oleh keluarga..nda mau la buat cincai-cincai kan..

 
 RAINBOW CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
FILLING: FRESH CREAM
HIASAN: GULA MANIK SILVER
BERAT: 1.4 KG
HARGA: RM 70
 
 
Ni la hasil rainbow kek yang aku buat..untuk sapuan tepi tu aku memang sengaja buat sapuan 'messy'..Nampak menarik juga kan..haha, angkat bakul sendiri kan..untuk resepi rainbow kek aku tidak siarkan sini sebab aku pernah kongsikan di entri aku yang lepas..
 

Jika anda berminat untuk menempah kek atau apa-apa saja produk kami, jangan segan-segan untuk email kami ataupun telefon/sms/whatsApp ja ke talian 012-8244251 ( bbwana )..tq..
 
Pada kawan-kawan semua, sampai sini entri aku pada hari ni..moga jumpa lagi di entri yang lain yeh..babai..

8 comments:

  1. Replies
    1. haha..memang sengaja bagi filling kaw-kaw punya kak..

      Delete
  2. nampak sedap & cantik..kalau sy bab kek ni, part hias2 tu mmg failed.. hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak..saya pun masih lagi belajar untuk memperbaiki teknik menghias kek..

      Delete
  3. selalunya bila raya mesti buat kek...
    thn ni tak buat pulak...
    sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..yakah kak..kesiannya..sibuk sangat ka tahun ni sampai x buat kek kak?hehe..

      Delete