Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entri sambungan..ambik masa lama nak 'continue'..huhu..
NOTES: Entri mengandungi banyak gambar..harap 'bertabah' ya.. :D
HARI POTENSI TABIKA KEMAS 2015 PERINGKAT KEBANGSAAN UITM ARAU, PERLIS
Kali ni dimulakan dengan perjalanan Waie & rakan-rakannya serta cikgu pegiring bersama team Sabah yang lain dimana masing-masing menjadi johan dan mewakili acara tertentu yang dipertandingkan di UiTM, Arau Perlis..semua tiket penerbangan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah..
Oleh kerana Waie lain pesawat dan bersama team Sabah yang lain maka kami memberi sepenuhnya tanggungjawab dan kepercayaan kepada guru pengiring untuk menjaga dia..risau juga sebab ini merupakan pengalaman pertama Waie naik kapal terbang..
Masa ni di KKIA 2, Tg. Aru..team Sabah berkumpul di airport sebelah petang..dijangka sampai ke Airport Sultan Abdul Halim pada sebelah malam..kemudian bertolak ke Arau menaiki bas sewa.
|
Kehadiran anak-anak ni menarik perhatian di airport..dengan pakaian seragam yang ditaja oleh AirAsia Kk nampak comel sangat dorang sampai banyak orang ambik gambar.. |
Tapi sebelum tu, waie memang sangat teruja nak naik kapal..mama dan my dad orang yang sangat risaukan cucu kesayangannya tu..maklumlah, budak 6 tahun naik pesawat bersama orang lain..mestilah risau kan..
|
Yang pakai 'cap' tu waie..senang ja cam dia walaupun ramai dengan kawan-kawan yang lain..hehe..muka teruja sangat tu!! ^_^ |
Semua team yang mewakili negeri masing-masing tinggal di asrama UiTM Arau..dijaga oleh guru pengiring masing-masing
|
'Dorm' waie & the gang di aras 2..yang ada jemur baju di tingkap tu.. :) |
|
Ni gambar kami sekeluarga masa melawat waie di asrama..hari ni acara bebas jadi dibenarkan keluar bawa anak masing-masing jalan-jalan.. |
|
Harus melalui 'security guard' ni..
Layan pemandangan sekitar kampus UiTM Arau yang cantik menghijau..
Dan acara pun bermula!!!
|
Siap pakai 'headband' SABAH BAH!!! |
Team Waie untuk acara Sprint Hurdle ( lari berganti berhalangan ) bersiap sedia menunggu giliran untuk bertanding..
|
Interframe okey..huhu..panas terik cuaca masa tu..berasap juga rasa..hee |
Sebanyak 12 buah negeri bertanding untuk acara sprint hurdle ni..semuanya hebat-hebat belaka..walaupun cilik-cilik tapi semuanya pun pantas berlari..riuh rendah suasana penyokong lihat acara ni..seronok!!!
Yang lebih membanggakan adalah team Sabah acara sprint hurdle berjaya melepasi saringan kelayakan kepusingan Akhir. Hanya 6 buah negeri saja yang dipilih dari 12 buah negeri..memang saingan hebat-hebat belaka!!
|
Hampir habis suara serak menyokong... |
Setelah selesai acara..waie tak mau berenggang dengan 'kembar siamnya'..atok tersayang..siap minta dukung lagi..manja betul..layankan ja..
|
Selesai ja acara hujan turun dengan lebat..hujan rahmat. |
|
Layan gadget masing-masing..waie dan kawan-kawan..waie tak pernah berenggang dengan kawannya, Balqis..ewahh!! |
Acara penutupan dibuat pada sebelah malam..dan nak tau keputusan team waie & the gang..baca episod seterusnya ya..
Bersambung..
JEMPUT BACA:
Sekian, wasalam.
waaaa bestnya :)
ReplyDeleteWow...meriahnya..kalau aktiviti macam ni . bukan anak-anak je yang suka..maknya pun sama excited..:) follow sini
ReplyDeleteMsti waie jdi juara kn..x sbe nak taw crita seterusnya hihi
ReplyDeleteSuka tengok budak2 kecil involved dengan aktiviti begini. Kita mak2 pun excited sama :)
ReplyDelete