JEMPUT-JEMPUT CHEESE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan resepi. Lama tidak kongsi apa-apa resepi di sini.

Menu sarapan atau minum petang yang ringkas dan mudah tapi sedap. Sesuai buat peminat cheese dimana kalian boleh menikmati rasa cheese dalam variasi lain pula..kali ni dalam bentuk cucur. Jemput-jemput cheese..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tabur lebih banyak cheese lebih umphhhh!!!!

Untuk resepinya boleh tengok dibawah ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: JEMPUT-JEMPUT CHEESE
SUMBER: MYBAKINGWORKSHOP.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
(A)
250g tepung naik sendiri }
1/4 sk soda bikarbonat } ayak
4 sb gula kastor
(B)
Buttermilk/susu segar
(C)
Brown sugar secukupnya
Parutan cheddar cheese secukupnya

CARA:
- Panaskan minyak dalam kuali (deep fryer). Guna api sederhana.
- Satukan bahan A, gaul guna handwhisk. Masukkan bahan B sikit-sikit hingga adunan menjadi seperti adunan pancake/waffle. Tidak terlalu pekat atau cair. Sesuai diceduk guna sudu.
-  Bila minyak panas,masuk adunan sedikit-sedikit dengan sudu. Jangan masukkan terlalu banyak. Adunan akan kembang dan terapung.
- Terbalikkan dan biar hingga perang. Toskan minyak. Buat hingga habis.
- Susun atas pinggan, tabur brown sugar dan parutan cheese. Hidangkan panas-panas.

Mudah ja kan..^_^
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Siap!! 

Okeylah..sampai sini saja..insyaallah jika ada kelapangan..aku kongsi resepi kek pula..thanx semua sudi singgah sini..daaa!!

Sekian, wasalam.








11 comments:

  1. Boleh buat ni...nak goreng pisang macam mahal sgt plak pisang skrg ni...LOL...

    cheddar banyak lagi tu kat rumah :D

    ReplyDelete
  2. hujung minggu ni boleh try
    tepung naik sendiri tukar pakai tepung gandum boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..boleh sja sue..try la buat nanti ya..

      Delete
  3. ohoiii ! makan time panas, confirm terangkat

    ReplyDelete
  4. msti sedap compom sedap.... akak antu cheese

    ReplyDelete
  5. kalau ada cheese memang tak boleh tahan lah Wana mesti nak try

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt Kak Wana !!!! lamanyaaaaaaaaaaa tak singgah?? how are you my sis?? Sedapnyehhhhhhhhhhhh cucur cheese! Segalanya bercheese sekarang, potensi kolestrol mendadak ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam tunsha cayang..tq singgah sini..haha..memang segalanya bercheese..program ternak lemak..hohoho ^_*

      Delete
  7. Budak2 msti suka ni, lgi2 cheese

    ReplyDelete