RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua...

Hari ni aku mau kongsi resepi masakan yang senang. Maklumlah pada orang yang sibuk sentiasa tu masakan yang mudah tapi sedap jadi pilihan untuk disediakan macam aku..hehe..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Memandangkan stok sotong aku banyak dalam peti sejuk maka aku cadang masak Sotong goreng kunyit. Bahan dan cara masak pun sangat simple..

Jom semak resepi..

RESEPI: SOTONG GORENG KUNYIT MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
3 ekor sotong saiz besar
3/4 camca besar serbuk kunyit
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris bulat
5 biji cili padi - hiris
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya

CARA:
- Sotong dibersihkan dan dipotong bulat. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam. Perap seketika.
- Tumis bawang putih dan cili padi sehingga wangi. Kemudian masukkan sotong yang diperap tadi serta bawang besar.
- Akhir sekali tambah garam dan serbuk perasa. Gaul dan matikan api.
- Sedia dihidangkan.

- Selamat mencuba -

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jemput makan..^_^

Okeylah semoga perkongsian bermanfaat buat semua..jumpa lagi..dadaaa!!!

Sekian, wasalam.


1 comment:

  1. sdp nih.... kalau akak suke tambah carot ngn buncis sekali... tak pyh msk syr lain hehehhe

    ReplyDelete