Salam jumaat semuanya..hari ni suda memasuki hari raya yang ke-12, masih lagi dalam mood raya kan walaupun tidak semeriah awal raya tu tapi masih lagi ada yang sibuk menghadiri jamuan rumah terbuka..
Okeylah, hari ni aku mau siarkan entri tentang Aneka tempahan biskut pada tahun ni. Syukur alhamdulillah berkat promosi yang bersungguh-sungguh dan hasil kolaborasi antara Sweet red cherry dan House of Choco Bites pada tahun ni, sambutan pelanggan sangat memberangsangkan dan luarbiasa serta meningkat beberapa kali ganda berbanding tahun-tahun yang lepas..gembira dan terharu sangat..huhu..
Inilah antara sebahagian gambar biskut yang ditempah..
Sambutan dari pelanggan begitu menggalakkan..sehingga ada pelanggan dari semenanjung ingin tempah biskut raya tidak dapat kami penuhi kerana kami belum ada perkhimatan penghantaran sampai sana. Insyaallah masa akan datang ada penghantaran sampai semenanjung..Apapun, akan kami war-warkan sekiranya ada ya..
Tempahan pelanggan yang paling jauh kami terima adalah dari Tawau..alhamdulillah selamat dikirim melalui Bas ( Sairah Express ), bas yang menuju ke Tawau..terima kasih Pn. Wati..
Ini pula antara biskut yang paling banyak menerima tempahan dari pelanggan iaitu Biskut Semperit Susu, Biskut Almond London, Tat Nanas Gulung, Biskut Snow Almond dan Shortbread Cookies. Selain tu, Biskut Suji Salju juga banyak yang order.
Apapun, kami dari Sweet red cherry ( SRC ) & House of Choco Bites ( HCB ), ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih pada semua yang telah menempah dengan kami. Kami mohon maaf jika ada sebarang kekurangan dan akan memperbaikinya pada masa akan datang. Apapun, korang semua memang best!! Tahun depan tempah lagi dengan kami ya..^_^
Okey la ya, sampai sini saja entri aku pada petang ni..jumpa lagi di lain masa. Bye..-wasalam-









