ENTRI PENUH: GULALI RAMBUT ELSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Gulali Rambut Elsa??? Eii, biar betul ? Tak pernah dengar pun..

Okey entri ini akan menjawab semua persoalan dan pertanyaan semua kawan-kawan blogger yang bagi komen tadi..
gulali /harum manis/ nenek lampir/arum manis
kredit: tokopedia
Sebenarnya gulali ni macam gula-gula kapas@ cotton candy..bezanya gulali ni teksturnya lebih kasar sedikit berbanding gula-gula kapas yang sangat lembut. Rasanya sangat manis dan gulali ni bewarna coklat perang dan diperbuat dari gula melaka. 

Image result for gulali rambut nenek
kredit: kakilima
Gulali ni makanan tradisional orang dulu-dulu..zaman mak nenek lagi..dan  zaman aku budak-budak dulu memang pernah makan gulali tradisional ni tapi zaman sekarang memang susah nak jumpa la..anak sekarang pun tak tau dan tak kenal pun apa itu gulali..yang dorang tau hanya gula-gula kapas yang berwarna-warni saja kan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
GULALI  GULA MELAKA
Dan timbulnya nama Gulali rambut elsa ni adalah kerana anak kakak yang jual gulali masa aku beli tempohari tu panggil gulali ni rambut elsa sebab warna gulali tersebut yang bewarna perang seakan-akan rambut elsa..huhu..itulah alkisahnya..

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi..bye

Sekian, wasalam.







Wordless Wednesday : Gulali Rambut Elsa???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

P/s: siapa tau apa benda ni??