Assalamualaikum w.b.t..
Salam manis dan salam ceria diucapkan buat semua yang berkunjung ke blog Sweet red cherry..terima kasih atas kunjungan kalian semua..
Hari ni masih bercerita tentang entri order minggu yang lepas-lepas..sepupu aku, Anim tempah cupcakes sempena ulangtahun tunangnya, Shamsul yang ke-27 tahun..memandangkan tunangnya sangat gemar makan cupcakes..ok lah, sebelum ni Anim pernah order Oreo cupcakes..kali ni Anim order Choc moist cupcakes pula dan mahukan cream cheese sebagai frosting..so, aku buat macam yang direquest..Anim juga mau simple deko ja..
CHOC MOIST CUPCAKES WITH CREAM CHEESE FROSTING, RM2 ( EACH ) MEDIUM SIZE |
RESEPI: CHOC MOIST CUPCAKES
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
2 cwn air panas }bancuh hinnga
1 1/2 cwn serbuk koko }sebati
2 3/4 cwn tepung gandum }
1/2 sk baking powder }ayak
2 sk soda bikarbonat }
1/2 sk garam
1 cwn mentega
2 cwn gula halus
4 biji telur
1 1/2 sk esen vanila
CARANYA:
- Pukul gula dan mentega hingga ringan dan gebu.
- Masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati.
- Masukkan esen vanila, garam dan tepung yang telah diayak. Putar lagi.
- Kemudian masukkan bancuhan koko. Putar sebati.
- Sudukan dalam papercup 3/4 penuh dan bakar dalam oven suhu 170 darjah celcius selama 18-22 minit.
- Setelah masak sejukkan baru hias.
SUMBER: K.ZU ( SEMANIS GULA )
260 g cream cheese
130 g butter
130 g gula icing - ayak
Sedikit jus lemon - aku tambah
- Putar semua bahan di atas hingga sebati. Jangan terlebih putar.
- Sedia untuk digunakan.
Jika ada yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami terus ke talian, 012-8244251 ( bbwana ). Tq
Sampai sini ja dulu ya entri hari ni.. jumpa lagi..
Cantiknya wana.tak pnh cuba but cupcake dgn cream frosting lg ni..bleh cuba ni :)
ReplyDeletesedap tau yana..kena tryla..hehe..
Deletemmmm..nom..nom..nomm...dapnyer!!
ReplyDeletebetul tu kak..memang sedap..
DeleteEnjoy..choc.moist..
ReplyDeleteyup..nyum2..
Delete