PAVLOVA

Assalmualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semuanya..

Nampaknya cuti persekolahan akhir tahun sudah pun bermula..memang di rumah semakin sibuk la menguruskan anak-anak..ada pula yang merancang untuk bercuti bersama keluarga..bestnya kan..ni la saat yang paling sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga dan yang tersayang kan..

Okey la, hari ni aku ingin siarkan entri Pavlova yang telah di buat oleh Ms.Adienia untuk makan-makan tempohari..sudah lama aku tidak makan pavlova ni..lagipun rasanya terlalu manis bagi aku..tapi pavlova yang Ms.Adienia buat ni sudah dikurangkan sukatan gulanya..dan rasanya memang sedap..terasa nyaman bila makan whip topping dengan taburan mangga yang masam manis tu..so,  masam manis mangga tu telah menyeimbangkan rasa pavlova ni..enak sungguh! hehe..

Layan gambar ja..

Sedap makan yang sejuk-sejuk..tabur dengan mangga..aduh, memang layan habis..boleh tabur apa-apa ja buah yang disukai..
PAVLOVA
Sebenarnya senang ja buat pavlova ni kan tapi jika ada kesilapan masa putar putih telur tu untuk jadikan 'meringue'   maka, ianya tidak akan menjadi seperti yang diinginkan..contohnya jika ada kuning telur termasuk masa asing putih dan telur. Meringue yang menjadi, bila adunan tu diterbalikkan ianya tidak jatuh dan kelihatan seperti bertanduk..macam dalam gambar di atas tu.

Yang ni pavlova yang sudah siap dibakar dan dalam proses penyejukkan. Ms. Adienia gunakan bekas silikon so, senang ja mau keluarkan adunan yang telah masak dari bekas. Tapi, kalau tiada bekas silikon boleh la guna loyang atau dulang yang di alas dengan baking paper. Kalau mau senang bubuh ja adunan dalam papercup jadi la pavlova mini kan..macam comel ja..hehe.


Sapukan whip krim yang sudah di putar atas adunan..akhir sekali, boleh la tabur buah yang disukai. Sejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk baru sedap makan.

HARGA PAVLOVA:

Pavlova large size RM50. 
Pavlova mini ( papercup ) RM 35 ( 16 Pcs )

* Harga adalah bergantung dengan buah yang digunakan dan layer.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan, sila hubungi terus ke talian 016-8384119 ( Adinenia ) atau 012-8244251 ( bbwana ) atau boleh email ke alamat kami yang tertera di atas tu. Terima kasih.


14 comments:

  1. Kegemaran ni wana..sya pun suka kurangkn gula dlm pavlova ni..tp krim letak lebih..sgt sedap..tetba teringin nk mkn pavlova pulak ni...nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..memang sedap kan yana kalau taruh krim lebih..yummy..jom kita makan yana..hihi.

      Delete
    2. sukanya kalau dapat makan pavlova selalu ,ianya memang sedap sangat!

      Delete
  2. perghh...bikin kecur liur oo...lama juga makcik inda pekena pavlova...kasi lebih buah2an memang nyaman banget....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..iya ba kan rahel..lagi banyak buah lagi tambah nyaman..

      Delete
  3. Akk x pernh buat lg..dh msuk list lama dh tp x ksmpaian lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..nanti bila akak ada masa try la buat..sedap kak..

      Delete
  4. Assalamualaikum...yumyum pavlova tu...Uj follow yer...=)

    ReplyDelete
  5. Bb..akak xpernah cuba bt pavlova ni..sedap ker?teringin nk mencubanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap cheq da..nanti cheq da try la buat ya..

      Delete
  6. sy mo ordrr ni...mcm???...nnt sy sms ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bleh ba..nanti bagitau saja..sms/whatsapp/call pun bleh..

      Delete