MUDAHNYA BUAT KEK AISKRIM KIT KAT!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua..

Ini adalah entri ke-1000, alhamdulillah.. Tak sangka sudah banyak yang aku kongsikan di blog ini..semoga saja apa yang aku kongsikan di sini bermanfaat buat semua..

Okeylah, Hari ni mood aku agak rajin nak ajar korang macamana nak buat Kek aiskrim kit kat yang tersangat mudah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Siapa yang suka makan aiskrim angkat tangan??? Hehehe, pasti ramai yang suka makan kan termasuklah aku..Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Perisa aiskrim kesukaan dancoklat kit kat

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Hanya perlukan 'cake ring' macam dalam gambar tu..

KEK AISKRIM KIT KAT MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Perisa aiskrim jagung/coklat - ikut suka
Sepeket besar coklat kit kat
2 peket kecil bebola coklat kit kat
Papan/tapak kek
Cake ring

CARANYA:
- Sediakan papan kek sebagai alas paling bawah
- Letakkan 'cake ring' berbentuk bulat di atas papan kek
- Susun coklat kit kat di sekeliling 'cake ring'
- Kemudian masukkan aiskrim pilihan anda ke dalamnya hingga penuh. Ratakan dengan sudu.
- Taburkan bebola coklat kit kat di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam atau semalaman.
-Setelah sejuk, buka 'cake ring' tadi. Sedia untuk dihidangkan.

* NOTA: Sebaiknya sejukkan selama 4 jam atau semalaman.

-Selamat mencuba-

Untuk lebih jelas, sila rujuk gambar di bawah..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Susun coklat kit kat di sekeliling 'cake ring'

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Masukkan aiskrim ke dalam hingga penuh dan ratakan

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Taburkan bebola coklat kit kat dan sejukkan untuk 'set' kek

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Bila kek sudah set, boleh la di potong..jangan kasi lama!! heheh ;p

Okeylah, harap perkongsian ni dapat bagi ilham pada kawan-kawan yang tengah buntu cari idea nak buat kek untuk 'someone special' dalam hidup anda..senang ja kan.. ^_^

Nak order pun boleh..hubungi 012-8244251(bbwana) ~ whatsApp. Tq

p/s: kepala tengah berdenyut..rasa kurang sihat sikit..insyaallah, aku bw blog kawan2 kemudian ya..

Sekian, wasalam.



















19 comments:

  1. wah senang jer yer..boleh buat time birthday anak nnti...tpi nk kne cari ring tu..bw dr housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. My fevert is aiskrim..tapun ja la hihi

    ReplyDelete
  3. wahhhh sedapnya. buat saya tergoda sungguh. nyumm nyum. dah la saya ni peminat aiskrim dan coklat. semua jnis makanan yg sweet n cold la saya suka.. hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh!! teruja pulak tengok...

    tq kak wana.. nanti Firah try naaa...

    ReplyDelete
  5. okay.. Kak Wana dah kembali dengan kek2nya.. ni yang mula rasa nak terseksa jiwa raga hehe..

    ReplyDelete
  6. Kek Aiskrim Kat Kat? hehehe..Kit Kat la kak wana :)

    ReplyDelete
  7. Senang rupanya nak buat...hahaha..ok2, boleh cuba :)

    ReplyDelete
  8. paling senang untuk orang macam ai.. ekekeke..

    ReplyDelete
  9. ingat ada kek sekali... mmg pakai sekerim je ek

    ReplyDelete
  10. aduh sedapnya kek aiskrim, tp sayang ndak boleh mkn aiskrim hihi..

    ReplyDelete
  11. Bleh try wat ni wana.hehe..i like aiskrim ^_^

    ReplyDelete
  12. sedapnya kek....nak sikit ni dik wana...hihi

    ReplyDelete