RESEPI KERABU KAKI AYAM MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku ingin komgsikan resepi mudah iaitu Kerabu Kaki Ayam..siapa suka makan??? Okey, kita geng!! Hehe..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sedap makan macam tu saja kerabu kaki ayam ni..betul..^_^

Jom semak resepinya..

RESEPI KERABU KAKI AYAM MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
12 ketul kaki ayam - bersihkan, potong & rebus
1 labu bawang besar - hiris halus
10 biji cili api - hiris bulat nipis
2 biji tomato - hiris
2 batang serai - hiris nipis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
3 sudu makan sos ikan
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - hiris
Bunga kantan secukupnya, garam & gula

-> Gaul semua bahan dalam mangkuk dan sedia dihidangkan.

~ Selamat mencuba ~

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jumpa lagi..

Sekian, Wasalam.

3 comments:

  1. Fuhhh! Sedap ni! Ratah begitu je pun layannnnnn :)

    ReplyDelete
  2. fuhhh tengok gambar ja dah sedap. Belum rasa betul2 lagi ni hehe. btw sy singgah dan follow blog ni ya. jemputlah ke blog baru saya :)

    ReplyDelete
  3. Alaaa...fav akak ni...minggu ni nak buat la

    ReplyDelete