KEK MENTEGA OREO STRAWBERI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, selamat petang semuanya..ada yang tengah sibuk bekerja dan ada pula yang tengah seronok bersantai macam aku sekarang ni..hehe..tapi bukan la santai sangat..sekarang ni tengah  berehat kejap lepas menyiapkan semua kuih jualan untuk hantar ke tamu esok..lepas ni perlu menyiapkan biskut yang ditempah pelanggan..sebab ada customer yang tempah dan maukan biskut tu awal..hehe..aku ni ikut ja permintaan pelanggan..

Baiklah, sekali lagi pada petang ni aku mau kongsikan satu lagi kek mentega yang aku buat kemarin..memang suka bereksperimen buat kek..terutamanya kek yang belum pernah dicuba..entrinya adalah Kek Mentega Oreo Strawberi..haa, kalau mau tau resepinya aku copy paste dari blog dapur ibundo..thanx banyak ya kak kerana berkongsi resepi kek ni..memang tekstur keknya lembut dan gebu..paling best ada rasa oreo + strawberi..oleh kerana oreo tu dicincang kasar so memang terasa la oreo tu..em, nyum-nyum..memang nda rugi la aku try buat kek ni..sedap tau!

KEK MENTEGA OREO STRAWBERI



Untuk teman-teman dan pengunjung yang  berminat mau mencuba buat sendiri kek ni..aku ada sertakan resepinya di sini..mohon izin kak untuk aku panjangkan resepinya di sini..tq.

RESEPI: KEK MENTEGA OREO STRAWBERI
SUMBER: DAPUR IBUNDO
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250 g mentega
200 g gula kastor
4 biji telur
250 g tepung gandum
5 g baking powder
50ml santan kotak + 50ml air ( kacau ) - aku guna susu cair ja
1 sk strawberi paste
50g biskut oreo ( buang krim ) - cincang kasar

CARA MEMBUATNYA:
- Putar gula dan mentega hingga putih.
Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang.
- Masukkan tepung selang seli dengan santan/susu cair.
- Keluarkan 1/3 adunan dan tambah pes strawberi.Baki adunan kaup balik dengan oreo yang di cincang.
- Tuangkan adunan oreo terlebih dahulu kemudian baru adunan strawberi. Ratakan.
- Bakar dalam oven dengan suhu 175 degree selama 40 minit.

-Selamat Mencuba-


Best makan kek ni sambil-sambil hirup minuman panas..apalagi petang-petang begini kan..so, apalagi jom la kita 'teatime' hihi..okey la, sekian dulu entri aku pada petang hari ni..kita jumpa lagi di lain entri pula..thanx pada semuanya yang sudi mengunjungi blog sweet red cherry..sokongan anda semua amat kami harapkan dan hargai..tq..

KEK MENTEGA PANDAN OREN

SALAM SEJAHTERA...

Hai semuanya..terima kasih ya pada semua teman-teman, pengunjung serta 'silent readers' yang sudi singgah ke blog Sweet red cherry ni..kami amat menghargai semua komen-komen yang anda semua berikan..thanx juga pada followers baru..bertambah kenalan di alam maya ni..seronoknya..

Okey la, pada petang yang cerah ni aku mau kongsikan pula satu entri tentang kek yang baru ja aku cuba buat kemarin..tertarik  dengan resepi keknya yang mudah ni di blog Fiza Cooking..iaitu Kek Mentega Pandan Oren..aku memang suka mencuba kek yang belum aku pernah buat..so, ni aku jadikan sebagai koleksi resepi kek aku..rasanya sedap..tekstur kek pun lembut..dengan rasa oren dan pandan memang wangi la masa tengah bakar kek ni..apapun, thanx ya pada Fiza cooking kerana sharekan resepi ni..dan resepi asal adalah dari Rohaimi Ahmad.

KEK MENTEGA PANDAN OREN


Resepi kek ni ada di bawah ni..minta izin ya pada yang empunya resepi, aku letak resepi ni di sini pula..

RESEPI: KEK MENTEGA PANDAN OREN
SUMBER: FIZA COOKING & ROHAIMI AHMAD
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
200 g tepung gandum
170 g gula halus
200 g mentega
3 biji telur
1 sk baking powder
50 ml susu cair
1 sk esen oren + pewarna oren
1 sk esen pandan + pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum yang di ayak dengan baking powder. Putar lagi.
  3. Masukkan susu cair dan putar sebati.
  4. Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian, masuk perisa dan pewarna oren. 1 bahagian, masuk perisa pandan dan pewarna hijau.
  5. Tuang adunan secara selang-seli. Kemudian bagi corak marble dengan menggunakan chopstik.
  6. Bakar selama 150-160 degree selama 40 minit -  hingga masak.
- Selamat Mencuba -




Okey la teman-teman semua..sekian dulu entri aku untuk hari ni..ada kerja mau buat lagi ni..so, kita jumpa lagi next entri ya..

Pada yang berminat untuk menempah sebarang produk kami atau ada pertanyaan, silakan email atau kol/sms/whatsapp ke talian 012-8244251 ..terima kasih.