Hai semuanya..terima kasih ya pada semua teman-teman, pengunjung serta 'silent readers' yang sudi singgah ke blog Sweet red cherry ni..kami amat menghargai semua komen-komen yang anda semua berikan..thanx juga pada followers baru..bertambah kenalan di alam maya ni..seronoknya..
Okey la, pada petang yang cerah ni aku mau kongsikan pula satu entri tentang kek yang baru ja aku cuba buat kemarin..tertarik dengan resepi keknya yang mudah ni di blog Fiza Cooking..iaitu Kek Mentega Pandan Oren..aku memang suka mencuba kek yang belum aku pernah buat..so, ni aku jadikan sebagai koleksi resepi kek aku..rasanya sedap..tekstur kek pun lembut..dengan rasa oren dan pandan memang wangi la masa tengah bakar kek ni..apapun, thanx ya pada Fiza cooking kerana sharekan resepi ni..dan resepi asal adalah dari Rohaimi Ahmad.
KEK MENTEGA PANDAN OREN |
Resepi kek ni ada di bawah ni..minta izin ya pada yang empunya resepi, aku letak resepi ni di sini pula..
RESEPI: KEK MENTEGA PANDAN OREN
SUMBER: FIZA COOKING & ROHAIMI AHMAD
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
200 g tepung gandum
170 g gula halus
200 g mentega
3 biji telur
1 sk baking powder
50 ml susu cair
1 sk esen oren + pewarna oren
1 sk esen pandan + pewarna hijau
CARA MEMBUATNYA:
- Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum yang di ayak dengan baking powder. Putar lagi.
- Masukkan susu cair dan putar sebati.
- Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian, masuk perisa dan pewarna oren. 1 bahagian, masuk perisa pandan dan pewarna hijau.
- Tuang adunan secara selang-seli. Kemudian bagi corak marble dengan menggunakan chopstik.
- Bakar selama 150-160 degree selama 40 minit - hingga masak.
Okey la teman-teman semua..sekian dulu entri aku untuk hari ni..ada kerja mau buat lagi ni..so, kita jumpa lagi next entri ya..
Pada yang berminat untuk menempah sebarang produk kami atau ada pertanyaan, silakan email atau kol/sms/whatsapp ke talian 012-8244251 ..terima kasih.
wow.. sedapnya kek.. :) nyam nyam.. wane wani penambah selera lagi..
ReplyDeletehaa..tulah kan..warna warni ni memikat hati dan menarik perhatian kan..hehe..
Deletelooks good. Mesti lembut dan gebu.
ReplyDeletehai kak..tq datang sini..
Deleteya kak..kek ni teksturnya lembut dan gebu..sedap dengan rasa pandan dan oren..
Mcm nk amik spotong jew nmpk sgt sedapp kecurr tau.
ReplyDeletehai..
Deletetakpe bleh ja kalau nak ambik sampai 2-3 potong..hihi..
Assalam. .
ReplyDeleteMCm dah nak sambut raya je dgn cake2 kan...meriah color dia.
walaikumsalam..
Deleteheheh..saya memang suka color yang meriah2 ni..
bahagian oren tu nampak mcm kek carrot pulak..:)
ReplyDeletehahah..yakah kak?cantik kan kaler oren tu..hihi..
Delete