Order kek birthday, YAM SPONGE CAKE AGAIN..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersua lagi kita pada malam ni..siang tadi memang sibuk betul menyiapkan pelbagai jenis kuih untuk jualan di tamu dan bazar ramadhan esok..lepas tu sempat juga buat biskut yang ditempah..apapun, terima kasih ya kerana mengunjungi blog Sweet red cherry..

Okey, entri pada malam ni adalah mengenai order kek birthday yang di tempah oleh Ms. Uci buat kesekian kalinya..kali ni dia order kek untuk anak buahnya pula yang birthday pada 4 Julai yang lalu iaitu Muhammad Mansur Adham yang menyambut ulangtahunnya yang ke-3..so, kami di SRC juga ingin mengucapkan 'Selamat Ulangtahun untuk Adhan'..

Kek yang diorder pun adalah kek yang sering di order oleh Ms. Uci iaitu Yam Sponge Cake..dorang sekeluarga peminat tegar Yam cake..feed back yang diberikan oleh Ms.Uci sangat mengembirakan hati aku kerana mereka sekeluarga sangat sukakan  rasa kek yang aku buat ni dan kena dengan tekak mereka dan sebab itulah mereka ni selalu order kek yang sama..alhamdulillah, senang hati aku bila customer suka hasil kek yang aku buat..berbaloi penat aku buat kek tersebut..terima kasih..

Okey, mari kita layan gambar kek pula..

YAM SPONGE CAKE
 YAM SPONGE CAKE
- KEK SPAN BERPERISA YAM
- FILLING & TOPPING: FRESH CREAM + YAM PASTE
- BERAT : 1 KG
HARGA: RM 42
HIASAN: BELON




Haa, kalau ada yang berminat dengan kek ni boleh la tempah ya..jangan malu-malu untuk menghubungi kami menerusi email atau pun talian telefon yang tertera di atas tu..

Di sini kami dr SRC juga ingin mengucapkan Selamat menyambut ramadhan al-mubarak dan selamat mejalani ibadah puasa yang bermula esok..semoga pada bulan yang penuh barakah ini, kita semua dapat mengisi dengan amal kebaikan dan dapat menyucikan diri dari segala perkara yang tidak baik..

Okey teman-teman semua, sampai sini dulu..kita jumpa lagi nanti..bye & goodnite..

Majlis sambutan harijadi Waie & friends di TABIKA KEMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..


Alhamdulillah syukur..akhirnya aku kembali bersiaran pada malam isnin ni..setelah beberapa hari blog SRC sepi tanpa entri baru..bukannya sengaja menyepikan diri tapi keadaan yang tidak mengizinkan aku untuk bebuat demikian..hem, memang rindu sangat-sangat mau menaip dan berkongsi entri dengan teman-teman semua..maaf ya aku sangat sibuk beberapa hari ni..langsung tiada ruang untuk menghadap laptop..ish..ish..ish..ni belum lagi puasa..kalau sudah puasa memang kesibukkan aku tu berlipat kali ganda sibuk membuat tempahan kuih/biskut dan juga jualan di bazar ramadhan..

Okey la, untuk malam ni aku mau kongsikan entri mengenai majlis sambutan ulangtahun Waie dan kawan-kawannya yang menyambut harijadi untuk bulan Jan-Julai di TABIKA KEMAS PEKAN SIPITANG pada 5 Julai 2013 baru-baru ni ( jumaat ) ..so, seramai 15 orang murid yang terlibat dalam sambuatan ni..so, memang meriah la kan..apa tidaknya..seramai 15 orang membawa 15 biji kek/cupcakes..macam-macam kek yang ada..untuk Waie aku hanya sempat buatkan dia Cupcakes Coklat Moist dan Apam Ladybird & Bumble Bee sebab aku sibuk sangat dan tu ja yang sempat aku buatkan dia..alahai, kesian anak buah aku..kawan dia lain bawa kek besar-besar..dan dia tinggal tengok ja..huhu..lain kali la 'Ucu Bb' buatkan kek birthday Waie yang besar ya..

Jom la kita tengok gambar..

CUPCAKES COKLAT MOIST, RM 1 ( SMALL ), EACH
 Aku deko pun yang simple-simple ja..mau buatkan yang lain tapi banyak bahan aku yang sudah habis stok di rumah..mau beli pun nda sempat sudah pasal malam..lagipun tau mengenai sambutan ni pada tengahari khamis dan majlis adalah pada esok paginya..

  Apapun, Waie memang hepi dengan cc  dan apam yang aku buat untuk dia tu..harijadi waie pada 26 April..sebelum ni memang sambut juga di rumah..dan ni kali ke-2 la dia sambut birthday di sekolah dengan kawan dan cikgunya..

 Waie & freinds..
Macam-macam kek ada..puas makan kek pada hari tesebut..
 Bersama cupcakec & kek masing-masing untuk acara potong kek..lucunya Waie pun pegang pisau juga..konon-konon potong cupcakesnya tu..
 Nanyi lagu  Happy Birthday..
APAM LADYBID & BUMBLE BEE

Untuk Waie, sekali lagi 'Ucu Bb' ucapkan selamat ulangtahun yang ke-4 dan Ucu doakan semoga Waie  menjadi anak yang pintar, rajin, baik, hormat dan berbakti pada orang tua dan  jadi anak yang soleh..amin..

Baiklah, kawan-kawan semua..entri ni berakhir di sini..thanx ya semua datang sini dan baca entri ni sampai akhir..jumpa lagi..-wasalam-