Order kek birthday, YAM SPONGE CAKE AGAIN..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersua lagi kita pada malam ni..siang tadi memang sibuk betul menyiapkan pelbagai jenis kuih untuk jualan di tamu dan bazar ramadhan esok..lepas tu sempat juga buat biskut yang ditempah..apapun, terima kasih ya kerana mengunjungi blog Sweet red cherry..

Okey, entri pada malam ni adalah mengenai order kek birthday yang di tempah oleh Ms. Uci buat kesekian kalinya..kali ni dia order kek untuk anak buahnya pula yang birthday pada 4 Julai yang lalu iaitu Muhammad Mansur Adham yang menyambut ulangtahunnya yang ke-3..so, kami di SRC juga ingin mengucapkan 'Selamat Ulangtahun untuk Adhan'..

Kek yang diorder pun adalah kek yang sering di order oleh Ms. Uci iaitu Yam Sponge Cake..dorang sekeluarga peminat tegar Yam cake..feed back yang diberikan oleh Ms.Uci sangat mengembirakan hati aku kerana mereka sekeluarga sangat sukakan  rasa kek yang aku buat ni dan kena dengan tekak mereka dan sebab itulah mereka ni selalu order kek yang sama..alhamdulillah, senang hati aku bila customer suka hasil kek yang aku buat..berbaloi penat aku buat kek tersebut..terima kasih..

Okey, mari kita layan gambar kek pula..

YAM SPONGE CAKE
 YAM SPONGE CAKE
- KEK SPAN BERPERISA YAM
- FILLING & TOPPING: FRESH CREAM + YAM PASTE
- BERAT : 1 KG
HARGA: RM 42
HIASAN: BELON




Haa, kalau ada yang berminat dengan kek ni boleh la tempah ya..jangan malu-malu untuk menghubungi kami menerusi email atau pun talian telefon yang tertera di atas tu..

Di sini kami dr SRC juga ingin mengucapkan Selamat menyambut ramadhan al-mubarak dan selamat mejalani ibadah puasa yang bermula esok..semoga pada bulan yang penuh barakah ini, kita semua dapat mengisi dengan amal kebaikan dan dapat menyucikan diri dari segala perkara yang tidak baik..

Okey teman-teman semua, sampai sini dulu..kita jumpa lagi nanti..bye & goodnite..

4 comments: