KEK OREN KISMIS MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan resepi kek oren yang mudah dan sedap. Rasanya ala-ala kek buah sedikit sebab adanya penggunaan kismis dan parutan kulit oren..teksturnya lembut apatah lagi jika dibiarkan semalaman..rasanya lebih sedap..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek macam ni aku suka makan..

Jom kita lihat resepinya pula

RESEPI: KEK OREN KISMIS
SUMBER: ANEKA HIDANGAN KEK ALAF 21
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250g tepung berserbuk penaik
200g gula kastor
125g mentega
3 biji telur
1 sudu besar parutan kulit oren
1 sudu besar perahan jus oren
Sedikit kismis

CARANYA:
- Putar mentega dan gula kastor hingga kembang.
- Masukkan parutan kulit oren dan jus. Putar lagi hingga sebati
- Kemudian Masukkan telur satu persatu sambil dikacau rata.
- Akhir sekali, Masukkan tepung dan kismis. Gaulkan hingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Bakar dalam oven denga suhu 160'c selama 40 minit- masak.

- Selamat mencuba-

Jus dan parutan kulit dari sebiji buah oren

Boleh rujuk 'step by step' dari gambar di bawah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jemput jamu mata.. ;p

Okeylah, jumpa lagi..selamat berhujung minggu semua..

Sekian, wasalam





RAIKAN CINTA REENA & RAHMAN (PART 1): MENGELUPIS & AKAD NIKAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah, 1 ogos yang lalu..sepupuku Reena telah selamat menjadi isteri orang..tahniah buat Reena dan pasangannya Rahman..

30/07/2015:

Pagi sebelum akad nikah, ramai saudara mara berkumpul bergotong royong untuk sesi 'mengelupis'. Maksudnya membungkus kelupis. Bagi yang belum tau apa itu kelupis sila klik>>KELUPIS<<

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sangat meriah..paham-paham la bila masing-masing berjumpa..Riuh bercerita itu ini  dan tak kurang juga ada yang begurau senda..Masa nilah dapat berkumpul semua..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Memang banyak kelupis  yang perlu dibungkus..sebagai hidangan untuk malam berbedak/berinai dan untuk 'campur' lebih kurang macam 'goodies bag' untuk diberikan pada tetamu yang hadir..

Majlis nikah:

Mini pelamin nikah, simple tapi cantik yang dihias oleh sepupu
Antara barang hantaran dari pihak perempuan dan pihak lelaki..

Saat yang ditunggu-tunggu dan sangat mendebarkan..hanya sekali lafaz, Reena sah menjadi isteri kepada Rahman..alhamdulillah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sesi fotografi
Tersenyum lega dan bahagia..tahniah!! Nampak manis pasangan pengantin mengenakan persalinan rona krim..

Entri akan bersambung untuk part 2..

Thanx sebab baca entri hingga habis..dadaa..

Sekian, wasalam.