ORDER KATERING DARI PELADANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hai, bersiaran kembali pada hari ni iaitu hari minggu..hari cuti bagi budak sekolah..orang yang bekerja dan juga aku..aku mohon maaf pada pengunjung blog kerana tiada update sebarang entri selama 2 hari ni kerana aku sangat sibuk..

Baiklah..untuk petang ni aku menyiarkan entri mengenai tempahan katering daripada Pej. Peladang..menu yang di request adalah menu untuk makan tengahari sempena meraikan majlis perpisahan untuk sorang staf Peladang yang di transfer bekerja ke semenanjung..katering diadakan pada 29 Januari yang lalu..( isnin )..

Jom kita lihat apa menu yang di request tu..

KARI AYAM
Menu untuk makan tengahari..ada kari ayam, sambal terung, ikan masak sos dan sayur pakis yang dimakan bersama nasi putih..
SAMBAL TERUNG

IKAN MASAK SOS                                                           

























































Selain tu, mereka juga minta mi goreng..
Dessert adalah Kek Karamel Coklat Moist..buat kek ni sebab dorang suka sangat makan kek ni..pernah buat kek ni untuk Peladang untuk katering hari tu..em, nampaknya dorang ketagih makan kek ni..tapi, kek ni memang betul-betul sedap dan coklatnya pun tersangatlah moistnya..
Yang ni pula aku buatkan Puding kek..dan alhamdulillah dorang pun sukakan puding ni..











 

Ada beberapa lagi yang aku tidak sempat ambik gambar iaitu buah, minuman panas ( teh 'o' ), sirap dan mineral water..


So, setakat ni ja dulu cerita aku mengenai tempahan katering..ucapan terima kasih kepada Peladang kerana tidak serik-serik menempah dengan kami dan setia menjadi pelanggan kami..tq.

No comments:

Post a Comment