KEK COKLAT RICE BERLAPIS

SALAM SEJAHTERA..

Aku baru ja lepas makan ni..alhamdulillah kenyang..mana tidaknya..2x aku tambah nasi..haha..walaupun malam ni makan lauk yang simple ja..ikan goreng dan ikan masin berulamkan timun dan lobak putih cicah dengan belacan..fuh, memang makan pun sedap sangat la kan..boring betul makan ayam ja beberapa minggu ni kerana fenomena 'laut merah' di sini..so, tidak boleh makan ikan yang kecil, udang, sotong dan segala jenis kerang-kerangan..takut la keracunan nanti..lagipun akibatnya boleh menyebabkan kematian juga..ei, ngeri la..Okey la, daripada aku terus melalut cerita pasal makan..kita terus kepada entri yang aku siarkan untuk kali ni iaitu Kek Coklat Rice Berlapis..

KEK COKLAT RICE BERLAPIS, HARGA RM 30
Kek yang aku buat ni harus di masak di dalam loyang yang berasingan..tapi, aku pula terpaksa masak satu persatu kerana loyang hanya satu..hehe.ambik masa yang lama sikit la dari yang sepatutnya.so, moralnya..beli la lagi loyang kan.. haha..mempunyai dua perisa iaitu yang putih tu perisa vania dan yang satu perisa coklat dan kedua-duanya dibubuh dengan coklat rice..setelah kek masak dan sejuk, aku sapukan dengan jem blueberi di tengahnya kemudian tangkupkan kedua-duanya..so, kek ni akan melekat..kejadiannya seperti gambar dibawah ni..


 Yang ni gambar kek yang sudah ditangkup dan belum dipotong..

Kalau ikutkan mengikut resepi asal, di tepi kek tu perlu sapu dengan buttercream kemudian tabur dengan coklat rice..tapi, aku tidak buat..ikut suka masing-masing.kek ni memang sedap dan lembut..resepi ni aku dapat dari majalah resepi koleksi mama aku dulu-dulu..beliau rajin kumpul majalah resepi..banyak betul koleksi beliau..penuh 1 almari..banyak juga la manfaatnya untuk aku kerana banyak bahan rujukan tentang masakan dan pelbagai jenis kuih dan kek lainnya.













So, kalau mau order tu sila la email atau telefon no kami yang tertera di atas ini ya..terima kasih.

No comments:

Post a Comment