Sudah berhari-hari aku tidak meninggalkan sebarang entri baru dalam blog kesayanganku ini..rindu rasanya mau menulis dan menyiarkan entri..semenjak dua menjak kebelakangan ini aku tidak dapat lari dari kesibukkan..memang tidak boleh dielakkan..so,aku minta maaf la ya kerana baru hari ni aku update blog..
Baiklah, untuk pengetahuan semua entri yang aku kongsikan pada hari ni adalah kek dan cupcakes yang dibuat untuk hantaran pertunangan Ms. Adienia..majlis pertunangan ini telah diadakan pada cuti tahun baru cina yang lalu iaitu pada 12 Februari 2013 ( hari selasa )di rumahnya..majlis hanya dihadiri oleh sanak saudara ke dua-dua belah pihak keluarga..Di sini aku ( Bbwana ) ingin mengucapkan tahniah kepada Ms. Adienia yang telah kuanggap sebagai adik kerana telah melangkah maju setapak kehadapan dalam perhubungannya dan telah memegang title 'tunang org'..hehe..semoga kalian cepat kawin dan banyak bersabar dalam menempuh alam pertunangan yang penuh dengan dugaan ni..maklumlah, orang bilang korang tu darah manis sekarang ni..
Jom kita lihat gambar-gambar kek & cuppies yang dibuat sebagai hantaran dari Ms Adienia kepada 'si tunang'( Mr. Azmi ) tersayangnya..
SNOW CHEESE CAKE |
Adienia mejadikan Snow Cheese Cake sebagai kek hantarannya kepada tunang tersayang kerana si tunang teramat suka makan kek ni..apalagi kalau Adienia yang buat..hihi..
CUPCAKES COKLAT MOIST WITH FRESH CREAM FROSTING |
Cuppies ni pun hantaran juga..saiz small sebanyak 25 pcs
Ini adalah hantaran dari pihak perempuan sebanyak 9 dulang yang berbalas 15 dulang..em, bukan main banyak lagi hantaran pihak lelaki kan..macam-macam ada..
Ms. Adienia bergambar dengan barang-barang hantaran dari pihak lelaki bersama dengan mama dan kakak tersayang..
Cincin pertunangan telah disarungkan oleh kakak kepada Mr. Fiance ( Azmi ) iaitu Kak Ana sebagai wakil kerana mamanya yang tidak dapat hadir pada hari itu kerana kurang sihat. Okey la ya..setakat ini saja dulu..kita jumpa lagi nanti ya..-wasalam-
No comments:
Post a Comment