TEMPAHAN KEK BIRTHDAY, RAINBOW KEK

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hai, salam manis dan salam ceria diucapkan buat semua pengunjung blog SRC pada pagi jumaat yang indah ni..alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ni..sebenarnya semalam aku mau update blog tapi line internet yang buat hal ni buat aku menyampah..em, so niat aku untuk update tu aku teruskan untuk pagi ni..syukur la line internet sudah okey..sebenarnya aku tengah buat kuih tempahan ni tapi sambil-sambil tu aku menyempat lagi mengupdate ni..hihi..

Baiklah, entri yang aku publish pada pagi ini adalah tempahan kek birthday dari seseorang yang baru dikenali..perkenalan melalui blog..minta maaf banyak-banyak kerana lupa tanya nama tapi orangnya sangat manis..kecil molek ja orangnya..beliau tempah Rainbow Kek dengan frosting cream cheese seberat 1kg untuk birthday iparnya..beliau mahu kek ni siap pada 1 Februari 2012..Mari kita lihat gambar-gambar kek tersebut..

RAINBOW CAKE WITH FROSTING CREAM CHEESE, HARGA RM 80 ( 1 KG )
Ini lah hasil kek yang telah siap..sebenarnya untuk membuat kek rainbow ni memerlukan kesabaran yang tinggi kerana buat kek ni banyak makan masa untuk menghasilkannya..semakin banyak bermain dengan  warna, semakin lama la penghasilannya..tapi bagi aku, ianya tiada masalah kerana aku memang suka buat kek dan inilah kepuasan aku sebenarnya..

Aku harap orang yang order kek ni puas hati dengan hasil kek ni. Aku minta maaf jika ada sebarang kekurangan..
Ni rupa kek yang belum siap di 'make up'..setiap layer aku pipingkan dengan fresh cream..kek yang penuh warna pelangi..



















Kek yang belum siap sepenuhnya..Actually, berat kek ni 1.4kg..tapi aku hanya charge harga untuk 1kg ja..
Di sini kami dari SRC, ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana mengorder kek dengan kami..so, lepas ni jangan serik order dengan kami lagi ya..Ucapan "Happy Belated Birthday to Nanat, sweet 28th"..
















Jika anda juga ingin tempah kek ni atau sebarang produk kuih-muih kami, sila email atau telefon talian kami yang tertera di atas. Terima kasih..

No comments:

Post a Comment