DOUBLE KATERING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hello semuanya..selamat malam..

Syukur la kerana jerebu sudah berkurangan dan hujan telah turun dengan lebatnya kemarin..alhamdulillah..sekurang-kurangnya cuaca pun tidak la terlalu panas seperti beberapa hari yang lalu..

Malam ni aku mau siarkan entri mengenai tempahan katering pada minggu yang lalu..memang time tu sangat-sangat la sibuk kerana kami menerima tempahan katering untuk 3 hari di Dewan Pepustaakaan Negeri Sabah Cawangan Sipitang bermula pada 21hb-23hb Jun yang lalu dan perlu memberi makan untuk  25 orang peserta yang mengikuti kursus Program Keusahawanan Anjuran PETRONAS..di mana kami perlu menyediakan minum pagi dan makan tengahari..menu adalah bebas maksudnya mereka tidak menetapkan apa menu yang patut kami buat..so, agak mudah la bagi kami menyediakan semua menu dan untuk makan tengahari, mereka request untuk nasi 'tapau' saja..so, lagi la mudah kan..cuma pada hari pertama kami katering tu kami juga menerima tempahan katering untuk 'Peladang'..so, memang sibuk sangat menyediakan semuanya kerana perlu mengurus dua katering pada hari yang sama..dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan syukur dengan rezeki yang datang ni..

Ini adalah antara menu untuk peserta kursus Program Keusahawanan selama 3 hari tersebut..

KEK BUTTER ZEBRA

APAM GULA HANGUS
POPIA

KEK PISANG MUDAH

KUIH LAPIS ROS

SARI AYU

APAM ISABELLA

KELUPIS INTI SAMBAL UDANG

AGAR-AGAR SANTAN PERISA ROS
NASI TAPAU: TELUR MASIN, SAYUR KUBIS & AYAM MASAK MERAH

NASI TAPAU: PACERI NANAS, IKAN MASAK KICAP & SOSEJ MASAK SOS CILI DAN BUAH BETIK


Sudah siap dibungkus dan ready untuk dihantar..

Alhamdulillah pihak penganjur kursus tersebut sangat berpuas hati dengan menu dan perkhimatan kami selama 3 hari tersebut..syukur la..

Di bawah ni pula adalah menu yang diminta oleh Peladang di mana kebanyakkan menu adalah sama macam yang selalu mereka tempah..favourite katanya..mereka tempah katering ni untuk majlis bacaan yasin dan juga kenduri arwah..jom kita lihat menunya..

POPIA

AGAR-AGAR SANTAN PERISA ROS

ACAR NANAS

KARI AYAM

IKAN MASAK 3 RASA

TELUR MASIN

KELUPIS KOSONG
Sedap makan kelupis kosong dengan kari ayam..sedap sangat dan terbaik tau..heheh..

So, ini la antara menu yang kami sediakan masa katering untuk Peladang hari tu..memang licin semuanya..apapun, terima kasih kepada Peladang yang tidak pernah jemu order dengan kami dan terima kasih juga pada yang telah menempah dan mempercayai khimat katering kami..thanx banyak-banyak..jika pelanggan suka, kami pun gembira..

Okey la ya, sampai sini ja dulu entri aku pada malam ni..aku mau dinner dulu..lapar sudah ni..jumpa lagi nanti..bye..-wasalam-

7 comments:

  1. salam ..banyaknya tempahan.. pasti penat tak hilang tapi berpuas hati hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam wani..

      yalah memang penat sebab menyiapkan semua tempahan ni tapi seronok dan syukur dengan rezeki dariNYA..

      Delete
  2. salam
    banyaknye tempahan...npk sedap kek butter zebra tu...

    ReplyDelete
  3. banyak juga tempahan...
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kak..syukur sangat dengan rezeki ni..

      Delete
  4. dulu selalu makan kelupis ni kt kenduri2 kahwin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di sini apa jua jenis majlis selalunya misti ada kelupis ni..

      Delete