TEMPAHAN YANG LALU

Hai, salam sejahtera semuanya..

Syukur alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ini..sebenarnya ada kerja lagi yang belum siap untuk jualan yang mau dihantar ke tamu esok tapi nda la banyak lagi mau buat..mufin ja lagi so, boleh la rehat-rehat sekarang ni..mufin tu petang sikit la baru buat..masih sempat lagi sebelum di 'packing'..hehe..

Entri yang aku post pada petang ni adalah tempahan yang di tempah pada sebulan yang lalu..memang awal tuannya menempah..heheh, bukan apa kerana kuantitinya yang sangat banyak maka haruslah 'inform' kami lebih awal supaya kami boleh prepare bahan-bahan yang berkaitan seperti daun ngirik untuk membungkus wajid dan kelupis tu..sebab memandangkan musim cuti sekolah sekarang ni dan banyak kenduri kawin diadakan sana sini maka permintaan untuk daun ngirik sangat tinggi di pasaran..sapa yang lambat memang nda dapat la daun ni..di sini khususnya Sipitang, kelupis dan wajid adalah salah satu makanan tradisi yang sering dihidangkan di setiap majlis atau kenduri..kami pun berebut-rebut juga mendapatkan daun ni..ada juga tanam daun ni belakang rumah tapi tidak cukup menampung permintaan tempahan kelupis dan wajid..

Yang order ni pun bukan orang lain..kakak sepupu juga Mrs. Adimatul..dia selalu tempah kek atau kuih dengan kami..so, tempahan kali ni dia order 500 biji kelupis dan 800 biji wajid ubi..yang jumlahnya semua adalah 1300biji..memang banyak..semua tempahan ni mama dan adik-beradik mama la yang gotong-royong buat..dan aku buat tempahan apam gula hangus mini dan kuih bakar pandan yang juga ditempah oleh kakak sepupu..kelupis dan wajid tu ditempah untuk kenduri kahwin adik ipar beliau pada 2 Jun yang lalu..dan apam serta kuih bakar tu hanya hidangan untuk  orang yang bekerja di dapur so, kuantitinya tidak la banyak..

APAM GULA HANGUS MINI, RM 1 ( 4 BIJI )

KUIH BAKAR PANDAN
KELUPIS, RM 0.35 ( SEBIJI )

WAJID UBI, RM 0.35 ( SEBIJI )
Inilah sebahagian dari wajid dan kelupis yang telah siap dibuat..syukur la kerana semua tempahan siap juga pada hari yang ditetapkan..so, terima kasih banyak pada kakak sepupuku Mrs Adimatul kerana menempah semua-semua ni ya..tempah la lagi lain kali ya..hihi..i luv u ;p

Pada yang ingin menempah, anda boleh la menghubungi kami menerusi email atau talian kami yang tertera di atas tu ya..kalau ada yang ingin tempah banyak, anda haruslah order awal untuk memudahkan semua urusan..terima kasih..

Jumpa di lain entri pula ya..babai..

12 comments:

  1. Replies
    1. hai umi..

      thanx ya rajin datang sini..hehe, best bisnes ni umi..seronok bila dapat banyak tempahan..

      Delete
  2. Assallamualaikum Bbwana Adienia..

    Wahhhh..bnyknya tempahan. Betul3X.. home bakers macam kita ni mmg sgt appreciate kalau penempah menempah awal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak nadz..

      alhamdulillah banyak tempahan masuk..syukur sangat.betul tu..customer yang mau tempah harusla bekerjasama jga dgn kita cthnya order lebih awal supaya dpt beri yang terbaik.

      Delete
  3. alhamdulillah, moga rezeki makin bertambah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak..amin..dan terima kasih ya kak..

      Delete
  4. Assalamualaikum..Alhamdulillahhhhh dengan rezeki dariNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..

      ya besyukur pada allah atas semua rezeki ni..

      Delete
  5. salam bagus la ada tempahan selalu .. business dah makin maju :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam wani..

      alhamdulillah sebab selalu ada tempahan dan rezeki yang masuk..amin dan thanx wani..

      Delete
  6. alhamdulillah..byk yer tempahan..tentu kastemer puas hati dgn hasilnya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah QH..syukur alhamdulillah banyak tempahan..memang harapan kami supaya customer berpuas hati dengan apa yang kami buat..

      Delete