Hai..selamat petang ..keadaan cuaca sekarang ni walaupun sedikit mendung tapi haba panas tu masih terasa..dengan keadaan jerebu sekarang ni memang boleh menyebabkan penyakit untuk kita semua terutama bagi mereka yang banyak melakukan aktivti di luar rumah..oleh tu, kita dinasihatkan agar memakai penutup mulut jika keluar rumah..so, hati-hati la ya..dan banyakkan la minum air masak.
Okeylah, untuk entri pada hari ni aku mau siarkan kek yang telah di tempah pada hari ahad yang lalu iaitu pada 16 Jun sempena Hari Bapa yang ditempah oleh Ms.Uci buat kesekian kalinya dan maukan Yam Cake lagi..memang tidak pernah jemu makan yam cake ni sebab mereka sekeluarga peminat tegar yam cake..boleh dikatakan ini adalah kali ke-3 aku buat yam cake untuk Ms.Uci dalam bulan ni..heheh..aku tidak kisah..apa yang customer order sudah jadi tanggungjawab aku buat macam yang mereka inginkan..betul tak? Kali ni aku masih menggunakan resepi yang sama iaitu Yam Sponge Cake, di mana resepinya adalah dari May@storyofmylife..memang dorang suka sangat dengan kek ni dan memuji kesedapannya..
Resepi kek ni aku sudah kongsikan dalam entri yang lepas..so, kita layan gambar ja lah ya..
YAM SPONGE CAKE |
YAM SPONGE CAKE
FILLING & TOPPING: FRESH CREAM + YAM PASTE
HIASAN: MARASCHINO CHERRY
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM 22
Bagi yang berminat untuk menempah kek ini atau sebarang produk kami, silakan email or call ja di talian kami yang tertera di atas tu..
Okey la, aku mau rehat-rehat dulu ni sebelum menyambang buat kerja yang belum siap..jumpa lagi di lain entri..-wasalm-
seronokkan bila customer suka dgn air tangan kita & buat tempahan berulang2 kali...
ReplyDeletehai kak madihaa..
Deleteyalah kak..memang seronok sangat bla customer suka hasil yang kta buat dan x jemu order lagi dan lagi..syukur la..