DIY: Cara buat kotak kek bertingkat ( Stack cake )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam jumaat semuanya..

Alhamdulillah bersua lagi pada hari jumaat yang mulia ni. Okeylah, pagi ni aku ingin tunjukkan dengan pengunjung blog Sweet red cherry bagaimana cara buat sendiri kotak kek bertingkat..sangat sesuai untuk 'stack cake' macam yang aku buat sebelum ni. Caranya mudah saja..sila baca entri hingga habis ya..

Antara bahan yang perlu:
2 kotak kek ( saiz kotak bergantung kepada saiz kek yang korang buat)
Gunting
Solatape

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Cara:

  1. Dapatkan 2 kotak kek yang ingin digunakan untuk menyimpan kek nanti. 
  2. Gunting kotak yang pertama. Hanya gunting bahagian tutupnya sahaja. ( sila rujuk gambar ).
  3. Asingkan kotak pertama yang telah digunting tadi.
  4. Gunting kotak yang kedua pula. Perlu diingat, hanya gunting bahagian tepi kotak sahaja.
  5. Hasil lepas gunting, bahagian bawah sekali tu tidak perlu guna. ( sila rujuk gambar ). Bahagian tepi kotak yang digunting jangan dibuang kerana bahagian itulah yang akan digunakan dan dilekatkan pada kotak kek yang pertama.
  6. Masukkan kek dalam kotak kemudian lekatkan bahagian tepi kotak yang digunting tadi menggunakan solatape.
* Nota: perlu masukkan 'stack cake' yang telah siap ke dalam kotak yang pertama. Untuk memudahkan masukkan kek dalam kotak. Jika masukkan kek kemudian, dikhuatiri kek akan rosak.

Jom tengok hasil kotak yang telah siap.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tadaaa!!! Nampak tak jadinya macamana..hikhik..

Apapun, kredit diberikan kepada Badariah Delights kerana memberi inspirasi kepada aku bagaimana cara buat kotak kek bertingkat ni. Mudah ja kan..semoga memberi manfaat kepada kalian pula..mana tau kot-kot nak buat sendiri juga dan yang penting jimat!! hee..^_^

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh whatsApp ke 012-8244251 ( bbwana ). Tq

5 comments: