BISKUT SNOW ALMOND

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, selamat petang diucapkan buat semua pengunjung blog Sweet red cherry dan teman-teman..hari ni sekali lagi aku tayang dan mau kongsikan satu lagi biskut yang aku buat dalam minggu yang lepas..sebenarnya last week banyak juga biskut yang aku try buat..semuanya adalah biskut-biskut yang famous dan dikatakan sedap..so, aku buat hanya sikit-sikit saja untuk aku cuba sendiri selain untuk dijadikan tester..

Kali ni aku tayang Biskut Snow Almond pula..aku sangat teruja untuk membuat biskut ni sebab ianya sangat famous dan banyak juga teman-teman blogger yang suda mencuba dan memuji kesedapan biskut ni..so, aku pun memang berkobar-kobar semangat buat biskut ni..setelah mencuba hasilnya menjadi dan rasanya juga sedap..biskutnya rangup dengan rasa badam dan disaluti dengan coklat cair kemudian digolek pula atas kelapa kering..rasanya memang best..suka sangat dengan biskut ni..so, bagi yang belum mencuba biskut ni..anda patut merasanya kerana ianya sedap sangat..resepinya aku dapatkan dari Ummifeeza@MYR..

BISKUT SNOW ALMOND

Aku kongsikan juga resepinya di sini bagi yang berminat untuk membuat biskut ni..mari kita lihat resepinya di bawah ni..

RESEPI: BISKUT SNOW ALMOND
SUMBER: UMMIFEEZA@MYR

BAHAN A:
200 g butter
100 g gula kastor
1 sb shortening
1 sk esen kopi
1 biji kuning telur
BAHAN B:
220 g tepung gandum
70 g tepung ubi
50 g nestum-kisar
1 sb coffeemate/susu tepung
40 g badam kisar
HIASAN:
Coklat masakan cair
Kelapa kering/white breadcrumb

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul butter, gula kastor dan shortening hingga sebati.
  2. Masuk esen kopi dan telur. Gaul.
  3. Satukan semua bahan B dan masuk dalam bahan A sikit-sikit.
  4. Uli dan canai doh dan terap guna acuan pilihan.
  5. Bakar dalam oven suhu 175 degree selama 20 minit. Sejukkan.
  6. Celup dalam coklat dan golekkan ke kelapa.
-Selamat Mencuba-



Okey teman-teman semua..sampai sini entri aku dulu pada hari ni..sampai jumpa lagi di entri yang lain..nantikan apa pula entri yang aku kongsikan dengan korang semua..tq membaca sampai habis..

Untuk yang berminat dengan produk kami ni, sila email atau call talian telefon kami yang tertera di atas tu ya untuk info lebih lanjut. Terima kasih..

12 comments:

  1. Assalam
    thn sudah femes biskut ni kan
    akak ada lah rasa emmm sedapp he hee
    insyaallah thn ni nk try buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      ya kak..biskut ni agak femes..tu yang saya try buat biskut ni jugak..dan memang sedap dan ranggup..akak kena buat biskut ni juga ya..

      Delete
  2. salam.. nak cuba singgah tapi keadaan tenet ni susah sikit huhu.. sekrang ni ramai dok tayang biskut lak... hihi.. teringin pula nak buat biskut.. cookies ni pun tak pernah buat lagi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam wani..

      ya skang ni sudah ramai blogger tayang biskut masing2 kan..aura posa tu suda ada..jom ramai2 buat biskut..heheh..

      Delete
  3. Biskut ne klubuatx smpt tggu raya..ank akk dh syawalkn dulu..he hee..mmg sdap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak..

      haha..lucu betul..yelah kan kalau biskut yang sedap tu memang x sempat tunggu raya..awal lagi dah habis..heheh..

      Delete
  4. dah mula tayang biskut raya ke... biskut snow almond memang sedap, tapi lagilah bertambah sedap dimakan waktu begini sebab tak ada saingan dengan biskut lain macam di hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak amie..

      thanx ya jenguk sini..yalah kak dah mula tayang biskut raya ni..heheh..sambil2 promosi la katakan..betul tu kak time gini la best makan biskut sebab time raya banyak sangat yang mau dimakan.

      Delete
  5. Salam dearr...

    wahh dah start cuba2 buat biskut ek...nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hallo puteri..

      lama x datang sini..hehe..yalah puteri..skang ni start cuba buat biskut yang belum penah dibuat..biskut ni memang sedap.

      Delete
  6. akak datang & follow sini..terpikat dgn resepi yg cantik menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak..

      thanx banyak sudi singgah sini dan follow saya ya..

      Delete