KEK BIRTHDAY: YAM SPONGE CAKE ORDERED BY UCI

Hai..hai..hai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Rindunya mau update entri di blog kesayanganku ini..setelah 4 hari tidak bersiaran kita bersua lagi pada hari sabtu yang cerah ni..pada pengunjung Sweet red cherry dan teman-teman semua, minta maaf la ya sebab tiada entri baru beberapa hari yang lalu..masa yang sangat terhad tidak mengizinkan untuk aku post entri..

Okey pada pagi ni aku mau kongsikan satu entri kek birthday yang aku buat pada 7 Jun yang lalu yang di order oleh Ms. Uci..dia ni memang selalu order dengan kami dan menjadi regular customer dan dia juga tolong promosi dengan saudaranya yang lain..terima kasih ya Uci sebab selalu order dengan kami dan percaya dan suka dengan produk yang kami buat..untuk kali ni dia mahukan Yam Cake..so, kali ni aku buat Yam Cake guna resepi dari May @ story of my life..thanx ya May atas perkongsian resepinya..memang sedap dan dapat pujian..

Ada kisah lucu dimana lepas ja Ms. Uci ambik kek di rumah pada 8.30mlm 7 Jun tu, beberapa minit kemudian dia call..ingatkan ada apa-apa masalah tentang kek tu..rupanya dia mau order lagi sebiji Yam Cake dan mahukan deko dan 'wording' yang serupa juga macam kek yang dia tempah tu sebab anak buahnya yang umur 3 thn merengek-rengek dan menangis mau potong kek yang baru diambil tu kerana menyangka kek tersebut kepunyaannya..mau tidak mau terpaksa la Uci mengalah memberikan kek tersebut pada anak buahnya untuk dimakan dan order lagi kek yang serupa dan ambil pada keesokkan pagi untuk diberikan kepada makciknya..hihi, ada-ada ja kan..

YAM CAKE, RM 42 ( 1 KG )
 YAM SPONGE CAKE
FILLING & DEKO : FRESH CREAM  + YAM PASTE
BERAT: 1 KG
HARGA: RM 42
 
 Yam Cake yang aku buat kali ni resepinya berbeza dengan Yam Cream Cake yang aku pernah siarkan di sini..so, kalau ada yang ingin tau resepinya..jom kita semak sama-sama ya..

RESEPI: YAM SPONGE CAKE
SUMBER: MAY @ STORY OF MY LIFE
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN SPONGE CAKE:
150 g tepung halus superfine ( aku hanya guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder, ayak 3x )
150 g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sb ovallete
80 ml air masak
80 ml minyak
2 sk yam paste
sedikit pewarna ungu- optional

CARA MEMBUATNYA:
  1. Satukan gula, ovallete, tepung, baking powder dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan menggunakan high speed.
  2. Low speed, masuk air, yam paste dan sikit pewarna ungu.
  3. Pukul dengan high speed selama beberapa minit hingga adunan ringan.
  4. Tuang minyak dalam adunan, gaul guna senduk hingga sebati. Kaup balik.
  5. Sediakan loyang, gris dasarnya dan lapik dengan baking paper, bakar selama 45 minit - masak.
  6. Suhu 150-180 degree.
  7. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan telengkupkan atas redai selama 5 minit. Untuk elakkan kek mendap.
  8. Terbalikkan semula dan biar sejuk sebelum letak filling @ deko.
  9. Potong kek kepada 2 bahagian dan letak fresh cream. Hias ikit kreativiti.
UNTUK FILLING & DEKO:
  • Fresh cream dan yam paste secukupnya
- Pukul fresh cream @ non diary whip cream yang dicampur dengan yam paste hingga bertanduk dan sedia untuk digunakan.

-Selamat Mencuba-





Yang sebelah kiri adalah kek yang 1st Ms.Uci order dan kanan tu yang 2nd..order pada hari yang sama jugak..

Dari feedback yang diberikan oleh Ms.Uci..dia dan keluarganya sangat sukakan rasa kek ni dan hasil kek yang kami buat..syukur alhamdulillah dan terima kasih banyak ya..lain kali order la lagi..hihi..

Baiklah, jika anda juga teringin makan kek ni dan mau order dengan kami, jangan malu..silakan hubungi kami menerusi email atau talian telefon kami yang tertera di atas. Jumpa lagi di entri yang lain..tq.

2 comments:

  1. Cantiknya kek
    akak suka rasa yam baunya harumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak..

      makasih ya datang sini ziarah..betul tu kak..bukan ja baunya yang harum tapi sedap juga rasanya..saya juga penggemar yam..

      Delete