Hai, selamat malam semuanya..sekarang ni baru la dapat update blog dan masukkan entri baru..sepanjang hari tadi aku sangat-sangat sibuk buat kerja aku seperti biasa iaitu buat kuih..tapi macam yang pernah aku cakap sebelum ni, bulam puasa ni kesibukkan tu memang berganda-ganda dari hari biasa kerana menyiapkan tempahan biskut dan jualan ke bazar ramadhan..alhamdulillah memang rezeki bulan puasa ni murah sangat bagi semua peniaga kan..
Baiklah, kali ni aku mau update pula senarai kuih/biskut yang anda boleh tempah beserta dengan harganya sekali..pada akhir bulan jun yang lepas aku suda masukkan senarai kuih dan biskut..dan yang ni adalah tambahan dalam senarai..antaranya adalah..
BISKUT ULAT BULU |
1. BISKUT ULAT BULU, HARGA RM 0.45 ( SEBIJI )
BISKUT SEMPERIT PANDAN |
2. BISKUT SEMPERIT PANDAN, HARGA RM 0.40 ( SEBIJI )
BISKUT MAKMUR |
3. BISKUT MAKMUR, HARGA RM 0.45 ( SEBIJI )
BISKUT COKLAT CIP |
4. BISKUT COKLAT CIP, HARGA RM 0.50 ( SEBIJI )
Ada beberapa lagi biskut /kuih raya yang kami buat tapi tiada gambar, antaranya adalah:
- KEROPOK PADANG : RM 40 ( 1KG ), RM 20 ( 1/2 KG )
- BATANG BURUK NESTUM : RM 50 ( 1 KG ), RM 25 ( 1/2 KG )
- BISKUT CORNFLAKES MADU: RM 0.50 ( SEBIJI )
- BISKUT COKLAT GULI KACANG : RM 0.50 ( SEBIJI )
- BISKUT GHEE KLASIK : RM 0.40 ( SEBIJI )
Dan anda juga boleh menempah kek seperti kek lapis, snow cheese cake, tiramisu cake, red velvet cake dan macam-macam lagi..
Pada yang berminat untuk menempah biskut/kuih raya atau kek, sila la hubungi kami menerusi email yang tertera di atas atau hubungi talian ini, 012-8244251 ( bbwana ) dengan cara kol/sms/whatsApp untuk maklumat yang lebih lanjut. Terima kasih.
Okey la ya, sampai sini entri aku pada malam ni..mau rehat dan tidur dulu..esok mau buat kerja lagi..Selamat bersahur ya kawan-kawan semua dan selamat mejalani ibadah puasa dengan sabar..marilah kita sama-sama hayati dan keberkatan yang ada pada bulan ramadhan ni..jumpa lagi.-wasalam-
cantik2 biskutnya
ReplyDeletehai kak..makasih ya..hehe..
Deletewahhhhh...semperit pandan tu yg paling menarik perhatian sy :))
ReplyDeletekalau gitu immiey kena try biskut ni..
Delete