Hai, selamat malam semuanya..wah, lamanya blog ni tidak berupdatekan..minta maaf banyak-banyak pada kawan-kawan dan pengunjung semuanya..bukan sengaja tidak update blog tapi kesibukkan yang tidak dapat di elakkan dan baru balik dari perjalanan yang jauh..pergi majlis kahwin sepupu yang diadakan di Telupid baru-baru ni dan terus la bercuti bersama ahli keluarga dan konvoi ramai-ramai menaiki 5 buah kereta masing-masing ke tiga buah tempat yang telah dirancang iaitu Kundasang, Sandakan dan Telupid..fuh, memang penat la perjalanan selama 3 hari berturut-turut..badan ni terasa belum hilang lagi letihnya..apapun, memang seronok dan best giler la..nanti aku akan siarkan mengenai entri cuti-cuti tu dengan korang semua..
Sebelum tu, kami dari SRC juga ingin memohon maaf pada semua pelanggan yang terpaksa kami tolak tempahannya..sebab masa tempahan tu kami sedang bercuti dan keadaan yang kurang mengizinkan..bukan rezeki kami..tapi, mungkin lain kali..
Okey la, malam ni aku siarkan entri tentang Karnival Jualan Serbaneka yang pernah aku war-warkan sebelum ni..karnival di adakan di kawasan letak kereta berhampiran Shell & Esplanad Sipitang dan berlangsung selama 2 hari bermula pada 30/11/2013 & 01/12/2013 dan masa bisnes adalah dari jam 9 pagi-6 petang..pada hari tersebut Sweet red cherry telah bergabung dengan House of Choco Bites dalam satu 'booth' bagi mempromosikan produk masing-masing..SRC lebih kepada jualan kuih-muih dan HCB lebih kepada jualan coklat..
Produk Sweet red cherry..
Antara produk SRC yang dijual pada hari tersebut adalah Snow cheese cake, Walnut Carrot Cake, Moist Coklat Cake, Marble Coklat Cheese Brownies, Cupcakes coklat moist with choc.fudge buttercream, Red Velvet Cupcakes, Apam ladybird & bumble bee dan Kelupis inti udang dengan harga promosi yang sangat menarik..
Karnival ni di adakan bagi mempromosikan produk jualan peniaga yang bisnes secara online kepada masyarakat luar dan memberitahu tentang kewujudan perniagaan mereka..
Ehem, sempat lagi posing kan..memandangkan booth ni dekat dengan laut..so, angin tu tiup rambut masa snap gambar..hihi..
Kek yang dijual dengan pelbagai bentuk dan harga yang mampu milik..
Kelupis inti udang |
Apam ladybird & bumble bee |
Terdapat pelbagai bentuk homemade coklat yang cantik dan comel..
Yang kecil-kecil dalam box tu nampak cute dan boleh jadi doordift juga kan..
Sesuai dijadikan sebagai hantaran
Antara pelanggan yang serbu booth kami..syukur alhamdulillah sambutan yang kami terima sangat menggalakan dan hampir semua produk jualan kami habis pada hari terakhir karnival..memang nda sangka betul..terharu dan gembira sangat..terima kasih kepada semua yang membeli dan menyokong produk SRC & HCB..love u all..!
Jika ada sapa-sapa yang berminat untuk mendapatkan produk kami di SRC, sila email kami yang tertera di atas atau hubungi kami menerusi talian 012-8244251 ( sms/whatsApp/call ) - bbwana..Untuk yang ingin order atau ada pertanyaan mengenai homemade coklat @ HCB, boleh la hubungi, 012-8244251 ( bbwana ) atau terus hubungi Mrs.Adimatul di 012-8367606 ( sms/whatsApp ) atau pergi ke http://m.facebook.com/LovelyChocoBites.Tq..
Okey la ya, sampai sini ja dulu entri aku malam ni..moga bersua lagi di entri yang lain..harap-harap tuan tanah larat la mau update blog..huhu..bye..-sekian-
Byknya kek,coklat wana..:D ni klu sya g kdai wana..sya pun tk tau nk bli yg mna ni..hehe
ReplyDeletehehe..thanx yana..kalau tak tau mana nak pilih, saya boleh tolong yana..heheh..
Delete