TEMPAHAN KELUPIS & CUTI-CUTI MALAYSIA PART 1 @ TM RESORT & MESILAU, KUNDASANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali bersiaran pada malam ni..ni merupakan entri penutup bagi tahun 2013..kurang beberapa jam  lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2014..terasa masa tu berjalan dengan pantas..sedar nda sedar 2013 bakal melabuhkan tirainya..sudah pasti apa yang sudah berlaku sepanjang tahun ni banyak meninggalkan kenangan manis dan tidak kurang juga kenangan pahit pada kita semua..begitu juga dengan aku..macam-macam yang sudah berlaku pada tahun ni..ada yang suka ada pula yang duka..untuk kenangan pahit aku ingin singkirkan jauh-jauh..yang penting untuk tahun 2014 aku akan terus maju melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang..ingin terus menjadi lebih baik dari sebelumnya  dan mau lebih fokus pada bisnes ..semoga 2014 menjadi tahun yang lebih bermakna..amin.

Okey la, sebelum cerita tentang entri cuti-cuti, aku ingin siarkan gambar order kelupis..sebanyak 150biji kelupis kosong di order bersama kuah kacang. Tempahan adalah dari Ms. Marilyn dari Penampang..thanx ya sebab order dengan kami..harap berpuas hati la hendaknya ya..

KELUPIS KOSONG
Baiklah, cuti-cuti Malaysia kali ni memang sudah di rancang agak lama dengan keluarga..seramai 24 orang kami semuanya..14 dewasa dan 10 orang pula budak-budak dari umur 8 tahun - 1 tahun..bayangkan meriah dan 'havoc'nya percutian kami kali ni dengan konvoi 5 buah kereta..best berkumpul dan dapat bercuti bersama..dapat kumpul dengan sepupu-sepupu, makcik dan anak-anak buah..hehe..percutian selama 3 hari ke destinasi yang berlainan sememangkan memenatkan tapi memang best giler la..destinasi pertama yang kami pergi adalah kundasang dan kami bermalam di TM Resort, Kundasang..tempatnya memang sangat cantik dan berbaloi dengan harga yang kami bayar..ala-ala rumah 2 tingkat dan ada 2 bilik..sesuai la dengan bilangan kami yang ramai ni..huhu..

TM RESORT, KUNDASANG

TM RESORT, KUNDASANG
Ni view dari rumah yang kami tinggal..cantik dan sejuk betul la..tempatnya sentiasa ada kabus..so, memang sejuk..tiada aircon..pakai kipas ja tapi sejuknya mengalahkan pakai aircon..bilik langsung tiada kipas..sejuk gila-gila..tidur pakai sweater dan selimut pun masih kesejukkan..hihi.. bagi yang mau merasa 'natural air' di sini la tempatnya..mau mandi pun malas rasanya sebab sejuk dan kebetulan 'water heater' pula rosak..alahai, mandi pun nda mau lama-lama..mengigil! Kalau tiada kabus boleh la nampak gunung kinabalu..subhanallah..memang cantik ciptaan Allah..lokasi tempat ni adalah berdekatan dengan Pekan Kundasang..dekat juga tempat jualan sayur-sayuran, bunga dan buah-buahan yang sering jadi destinasi tumpuan pelancong..so, senang la kalau mau cari makan dan tengok kawasan sekitar..


View dari luar resort ni..ruang parking yang luas..sempat lagi snap gambar binatang ni..rupa macam lipan tapi bukan lipan..ada yang cakap ni 'gonggok' tapi saiznya luar biasa dari yang biasa..mungkin la kan tempat yang sejuk ni bukan tumbuhan ja yang unik tapi binatangnya pun sama..hehe..


Ini sebahagian rupa dalam rumah yang aku snap..kalau mau masak ada dapur serta disediakan peti sejuk..bestla!
 Putri & Waie antara yang paling seronok dan gembira bila dapat bercuti dengan sepupu-sepupunya..

 Mama dengan adik beradiknya..makcik aku la tu kan..hihi..dari kiri wawa ajah, mama dan angah..paling hujung tu pun sibuk juga ikut begambar kan..haha..

 Tengok la macam-macam posing ada..hehe..

 Putri, fatiha dan damia..dorang seram sebenarnya mau begambar dekat pokok yang ada rupa tu sebab aku cakap mulutnya tu pandai makan tangan kalau masukkan tangan dalam tu..haha..

 posing di laman depan rumah ( resort )
sebahagian dari anak-anak buah.. dari kiri ijam, waie, putri, adib, dhiyan dan damia..
 ni gambar family aku..mama, my dad, my sis, waie, putri dan aku..
Ni lepas check out..mau bergerak ke destinasi seterusnya, sandakan..hanya sebahagian dari kami yang ada dalam gambar..

Gerai jualan sayur, buah dan bunga, Kundasang


Antara bunga-bunga segar yang di jual di sana..cantik kan..sempat juga snap buah strawberi..

 Jumpa buah yang namanya sangat unik iaitu buah cinta..baru pernah nampak..nda beli pun..posing ja..hihi..

Kundasang War Memorial

Kundasang war memorial merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi..untuk masuk ke sana perlu bayar rm2 untuk dewasa..anak-anak free ja..

 Tempat ni nda boleh pijak rumput..ni tunggu turn mau begambar dekat tugu peringatan..

Desa Diary Farm, Mesilau

 Tempat yang menarik dan dikatakan 'New zealand Malaysia'..best juga datang sini..nasib kami kurang baik masa datang sana tempohari sebab semua lembu tiada  di kawasan padang ragut sebab tengah dimandikan dan perah susu..apapun, dapat la juga beli 'fresh milk' di sana..
 Kawasan padang ragut yang sangat luas..cantik kan..ku lihat hijau ja..sejuk pula tu..best..best! heheh..


Dorang ni paling suka bergambar..asyik depan kamera ja..hihi..

Kinabalu Park

 Background kabus ja..sebab masa datang petang sudah memang banyak kabus..so, gunung kinabalu memang nda nampak..huhu..

 Waie dan aku..wajah yang kepenatan..

Okey la semua, bukan main panjang pula entri aku kali ni..akan bersambung pula entri cuti-cuti part 2@ Sandakan..aku mau tidur ni..sudah mengantuk..malas mau countdown..tidur lagi syok..hihi..
jumpa lagi..

"SELAMAT TAHUN BARU 2014"

-Wasalam-






12 comments:

  1. Seronok tengok gambar awak bercuti..selalu tengok gambar kuih aje..he he..betul tu awak, yang pahit tu kita buang jauh2 kan...yang penting kita usaha terus maju ke hadapan...Selamat Tahun Baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanx kak..becuti hilangkan stress..best!selamat tahun baru juga buat kak ina..

      Delete
  2. Slmt thn baru wana..seronoknya jenjalan ke kundasang..mcm cameron dah ni...rajin wana buat kelupis..byk tu...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..selamat tahun baru yana..harus rajin ni yana demi memajukan bisnes..heheh..

      Delete
  3. entah bila nak cuti ke sabah sarawak ni... dok plan je manjang. kundasang ni lebih kurang macam Cameron je kot kan...cuma kat sini pembangunannnya kurang sikit kot. In sha allah, one day! happy new year bb

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada masa datang la sabah.banyak tempat menarik di sini selain kundasang..thanx dan happy new year cheq sue..

      Delete
  4. Cantik pulak TM Resort ni kan...nanti aku mo google lah tempat ni. hehe

    Happy New Year !

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya betul tu..memang cantik betul TM Resort ni..lain kali boleh la datang sana..thanx dan happy new year..

      Delete
  5. Selamat Tahun Baru 2014 Bbwana adienia..seronoknya bercuti bersama keluarga..dapat hilangkan stress..hihihi

    ReplyDelete
  6. wah..seronoknya bercuti..dh lama sangat tak kundasang :( haaa..rasanya buah cinta tu mmg buah yg tumbuh kt tanah tinggi sebab kt cameron pun ada :)

    ReplyDelete
  7. byk rupanya tempat menarik di sabah yer... akak x penah jejak kaki kat sana... kesian kann....

    ReplyDelete